[VIDEO] "Dasar Anak Derhaka!" - Luluh Hati Wanita Ini Tengok Ayah Strok 'Dibuang' Abang Sendiri Di Bawah Rumah

TERKINI
March 31, 2023 - 03:33 PM


"Dasar anak dari neraka! Sanggup tinggal ayah yang terlantar sakit pada hari pertama bulan Ramadan!"

Itu yang dapat disifatkan terhadap perbuatan 2 beradik lelaki yang tergamak meninggalkan ayah mereka seorang diri terkontang-kanting di sebuah pos pengawal kediaman adik perempuan mereka.

Kisah menyayat hati itu didedahkan oleh satu-satunya anak perempuan lelaki tua itu sehingga ianya viral di media sosial.

Dek kerana perasaan kecewa yang terbuku di hati -- warga emas itu hanya diam membisu di kerusi pos tersebut sebelum dijemput anak gadisnya.

Difahamkan, warga emas itu tidak lagi mampu berjalan kerana menghidapi penyakit strok dan perlu memakai lampin pakai buang.

Wanita iaitu anak gadis lelaki tua itu hanya mengetahui insiden tersebut setelah diberitahu oleh pengawal keselamatan.

Langsung tidak menghormati insan bergelar ayah, wanita itu terkejut apabila abangnya sanggup meninggalkan bapanya sedemikian rupa.

“Kau buang ayah macam ini je? Mana iman korang? Mana otak waras korang? Naik atas bincang letak baik-baik ayah kat rumah aku. Bukan campak macam ni.

“Ni orang tua kita, yang lahirkan kita. Yang jaga kita sampai dah besar panjang. Tapi ni korang balas jasa ayah? Allahuakbar! Akhir zaman,” luah wanita itu.

@ceqta_anita

4beradik , 3 lelaki 1 perempuan .. Tanpa pengetahuan aku , 1 ramadhan 5.30petang , security ketuk pintu rumah aku , bgthu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir 1 jam , 2 lelaki (abg) cakap nanti ank prempuan dia turun ambil .. Tergamak korang buat ayah mcmni ? mana hati iman korang ?anak jenis apa korang ni?? Mentang² ayh tgh sakit , strock xblh jln , pakai pampers , kau buang² ayh kau mcmni je ? Mana iman korang ? Mana otak waras korang ? Sihat tubuh badan !! Naik atas bincang baik² letak baik² ayh kat rumah aku , bukan campak² mcmni . Ni org tua kita , yg lahirkan kita , yang jaga kita sampai dh besar panjang .. Tapi ni korang balas jasa ayh ? Allahuakbar !! Akhir zaman !!! Hilang pertalian adik beradik aku sangup , tpi bukan hilang org tua .. Aku share kisah hidup aku ni , bukan nak minta viral .. cuma aku mohon pada ank² yg masih ada org tua , hargailah dorang selagi masih ada !!! Jangan menyesal bila org tua kita dh xde nanti 😭😭😭 .. Aku mohon yg tgk vtt aku ni , doakan kesihatan aku utk aku berbakti pada ayh 🤲🤲 ..

♬ original sound - ANGLINKTIBANDUNG

Menerusi hantaran itu, wanita terbabit merupakan satu-satunya anak gadis dalam keluarga selain mempunyai tiga adik beradik lelaki lain.

Tujuannya membuat hantaran itu adalah untuk memberi pengajaran kepada penonton untuk menghargai ibu bapa.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: