[VIDEO] "Harga RM29, Tapi Tap Kad RM98" - Restoran Shawarma Popular Di Bukit Bintang Didakwa Cuba 'Scam' Pelanggan
TERKINIBila sebut tentang deretan kedai makanan Arab di Bukit Bintang, Kuala Lumpur -- pasti ramai yang tiba-tiba terliur dengan menunya yang sedap-sedap belaka seperti Kebab, Shawarma, Kunafa dan banyak lagi yang viral.
Tambah-tambah lagi sejak ledakan media sosial TikTok, makin bertambah ramai orang yang membanjiri lorong-lorong Bukit Bintang bagi beratur panjang untuk memesan menu kegemaran mereka.
Namun rupa-rupanya ada kegiatan 'scam' yang dilakukan oleh peniaga kedai Shawarma di sana apabila didedahkan dalam satu video tular baru-baru ini.
Di dalam video berkenaan ternyata pekerja menjual Shawarma di sana didakwa telah mengenakan caj yang berlebihan daripada harga makanan yang sepatutnya dibayar apabila pelanggan membayar menggunakan kaedah tap kad bank mereka.
LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH INI:
Persoalan sekarang macam mana warga asing boleh senang-senang meniaga kat Malaysia sedangkan rakyat Malaysia sendiri susah nak mohon lesen meniaga. Kat Bukit Bintang dengan kampong baru tu bersepah kedai warga asing.
— Travel Jimat (@TravelJimat) February 12, 2023
@DBKL2u @KLCCC_DBKL pic.twitter.com/ENbGDgYMzl
HARGA TULIS RM29, TAPI CAH RM98 BILA 'TAP' PAKAI KAD
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merakam video di kedai tersebut sambil meluahkan rasa marahnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia kelihatan sangat tidak puas hati dan berang kerana pekerja kedai tersebut caj makanannya dengan harga yang lebih tinggi.
Harga Shawarma itu adalah RM29, tetapi pekerja menekan amaun sebanyak RM98.
Mujur, wanita itu sedar dan pertikaikan kepada pekerjanya. Setelah itu, pekerja tersebut memberikan wang pulangan secara tunai. Wanita itu menyarankan agar semua lebih berhati-hati selepas ini.
RUPANYA RAMAI NETIZEN KONGSI PENGALAMAN 'SCAM' YANG HAMPIR SERUPA