[VIDEO] "Lepas Cabut Roadtax, Terus Cari Roadblock" - Lelaki Ini Dipuji JPJ Jadi Orang Pertama Guna Aplikasi
TERKINISejurus selepas mencabut pelekat roadtax atau cukai jalan, seorang lelaki di Perlis bertindak mencari roadblock atau sekatan jalan raya.
Hal ini kerana pemuda itu teruja untuk menguji keberkesanan aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.
Berjaya menemui sekatan jalan raya, lelaki berkenaan mula merakam rakannya yang berada di tempat duduk pemandu.
Menerusi rakaman yang dimuat turun di aplikasi TikTok itu, pemandu itu segera menunjukkan cukai jalan digitalnya apabila diminta penguatkuasa.
“Lepas buang roadtax di cermin, kita ronda cari roadblock. Nak jadi cerita, jumpa roadblock JPJ. Bukan selalu JPJ nak puji nih,” tulis kapsyen video itu.
@namasayahaziq_ lepas buang roadtax di cermin,kita ronda cari roadblock..nak jadi cerita,jumpa roadblock JPJ..bukan selalu JPJ nk puji nih..🤣🤣🤣#jpjmalaysia #roadtaxmati #fypシ #kembanghidung ♬ original sound - Ajiq Caster
Setakat ini, video yang diposting oleh @namasayahaziq_ itu telah mendapat lebih satu juta tontonan dan 59,000 tanda suka.
“Oh bagus, ni saya jumpa orang pertama dalam Perlis. Tengok sat (sekejap),” kata pegawai JPJ sambil memeriksa cukai jalan di telefon pintar lelaki itu.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan perlaksanaan digitalisasi melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian.
Usaha ini membenarkan rakyat Malaysia menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis.
Sumber: Malaysia Dateline