[VIDEO] " Mesti Dia Bawa Penumpang Sampai Ke 'Bulan' " - Penarik Beca Selamba Lalok Tengah Jalan Di Penang!

TERKINI
September 20, 2023 - 11:45 AM


Tindakan seorang lelaki yang juga penarik beca berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat menghidu gam mengundang kegusaran warga maya baru-baru ini.

Kejadian itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di laman X (Twitter) pada Selasa.

"Harap pihak berkuasa ambil tindakan cepat, bahaya pada pelancong yang naik beca ini," ciapnya.

Berdasarkan papan tanda di jalan tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di George Town, Pulau Pinang namun tidak dinyatakan lokasi sebenar.

Lebih membimbangkan, penarik beca yang memakai baju berwarna hijau itu berani melakukan perbuatan tersebut depan khalayak ramai di sebuah persimpangan jalan.

Sementara menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau, dia dilihat dengan selamba menghidu plastik yang dipercayai mengandungi gam.

Malah dia juga dilihat berdiri dalam keadaan tidak seimbang dan bercakap seorang diri dalam keadaan khayal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempunyai reaksi berbeza terhadap video itu.

"Berani ya sekarang betul-betul dekat tempat awam," kata adamcloudy.

"Budak ini aku jumpa hari itu dekat Armenian Street. Maki-maki kami sambil beduk benda itu. Takut nak mampus, lepas itu ikut kami, nasib (baik) ada apek tolong," ujar whitetooth143.

Sumber: Majoriti

Destination: