[VIDEO] "Ni Namanya Orang Nak Pergi Haji Balik Hari" - Pemuda Kecewa Beli Popia RM1 Sebatang, Tapi Inti Cuma 2 Urat Tauge!

TERKINI
February 17, 2023 - 05:58 PM


"Harga RM1 sebatang, tapi dalam popia ada 2 urat tauge je"

Itu kekecewaan yang dialami seorang pemuda terhadap peniaga yang sanggup menjual popia kosong demi mengejar keuntungan.

Dijual dengan harga RM1 sebatang, Sanusi Rashid tidak menyangka peniaga itu begitu kejam dengan hanya meletakkan 2 urat tauge sebagai inti popia.

Berang dengan tindakan peniaga, Sanusi berkongsi rasa tidak puas hatinya dalam bentuk video sambil menunjukkan isi popia tersebut sebagai bukti.

Video yang berkapsyen ‘Ore jual nok gi mekoh balik hari’ itu dimuat turun di laman aplikasi media TikTok milik Sanusi sendiri dengan nama Sanusi_Rashid.

“Kayo (kaya) la ore jual (peniaga). Seriya (RM1) seputong (sebatang). Kelepek (kerepek kulit popia) saja seriya.

“Sayur dua urat jah (sahaja). Orang jual leni (sekarang) zalim,” katanya sambil menunjukkan popia yang tidak berinti itu.

@sanusi_rashid popia krepek sajo,zolim ore jual loni #fyppppppp #fypシ゚viral🖤tiktok #fypシ゚viral #fyp ♬ bunyi asal - Sanusi_Rashid

Difahamkan, kuih tradisional itu dibeli Sanusi di gerai berhampiran Pasaraya Salamku, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.

Rata-rata penonton berkongsi pendapat serupa di mana peniaga tidak patut menganiaya pembeli yang sudah membelanjakan wang hasil titik peluh mereka.

Tidak ketinggalan, penonton mengambil kesempatan untuk turut meninggalkan komen sinikal bagi memerli tindakan peniaga itu.

“Abang cuba tanya orang jual tu, pergi mekah naik jet ke,” kata seorang pengguna TikTok.

“Ni jenis tiap-tiap hari nak pergi Paris ke macam mana,” komen pengguna lain.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: