[VIDEO] "Sebab Kau Sorang Mabuk, Habis Satu Flight Delay!" - Pelancong Kena Halau Lepas Buat Kecoh Di Langkawi

TERKINI
October 09, 2023 - 04:59 PM


Tular satu kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga asing asing yang dipercayai dihalau keluar daripada satu penerbangan membabitkan sebuah syarikat tambang murah negara.

Video Insiden yang dipercayai berlaku melibatkan penerbangan pesawat yang mahu berlepas dari Langkawi, Kedah itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, SophianAzmi pada Sabtu lepas.

Difahamkan, pelancong terbabit yang dipercayai berasal dari New Zealand itu berada dalam keadaan mabuk sehingga mencetuskan kekecohan yang membawa kepada kelewatan proses pelepasan pesawat berkenaan.

Menerusi klip berdurasi 22 saat itu, lelaki terbabit dilihat sedang cuba untuk diiring keluar daripada pesawat berkenaan oleh pegawai syarikat penerbangan tersebut.

@sophian_azmi kau buat peel lah mat🙅🏻‍♂️dah satu hal nak delay pasal kau sorang malaun.#fypシ゚viral #airasia #takutjanganikot ♬ bunyi asal - SophianAzmi

Pada masa sama, video tersebut juga memaparkan gelagat penumpang lain di dalam pesawat tersebut yang dilihat berang dengan sikap pelancong berkenaan yang mencetuskan masalah.

"Tendangkan sahaja (keluar daripada pesawat). Nak tolong kami boleh tolong," ujar seorang penumpang lain yang didengar menerusi klip tersebut.

Situasi itu menyebabkan berlakunya sedikit perang mulut antara lelaki tersebut dengan penumpang lain.

Pada masa sama, satu pengumuman turut dibuat oleh kru kapal yang meminta penumpang lain agar bertenang dengan situasi yang berlaku.

Tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak syarikat penerbangan itu berhubung kejadiaan berkenaan setakat ini.

Sumber: Majoriti

Destination: