[VIDEO] Viral Sekumpulan Pelajar "Lanyak" Seorang Pelajar Hanya Kerana Tiada Rasa Hormat

TERKINI
May 12, 2023 - 10:53 AM


Viral satu video kes buli di mana memaparkan seorang pelajar teruk dipukul oleh sekumpulan pelajar lain membuatkan netizen berasa marah dan jelik. Biarpun acap kali usaha untuk menangani kes buli, namun sehingga kini masih terjadi. 

Menerusi empat video yang dikongsikan oleh pemilik Instagram @_maisarahmazlan, kejadian tersebut dipercayai melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @_maisarahmazlan

“Kau tak ‘respect’!,” kata salah seorang pelajar sambil memukul mangsa tanpa pada bahagian kepala dan juga badan.

Sehubungan itu, beberapa orang pelajar yang lain dilihat turut memukul mangsa bahkan ada yang cuba menghentikan pergaduhan sambil bergelak ketawa sesama mereka.

Menurut @maisarahmazlan yang juga merupakank kakak mangsa, kesemua pelajar yang terlibat sudah ditahan polis dan adiknya juga telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

 

Destination: