[VIDEO] "Weh Pilot Dia Keluar!" - Jet Pejuang Terhempas Semasa Pertunjukan Udara

TERKINI
August 14, 2023 - 05:10 PM


 Sebuah pesawat pejuang MiG-23 terhempas semasa pertunjukan udara di Michigan Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik memetik Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS.

@jado506bigpapa A mig 23 crashes near Ann Arbor, Michigan during air show so zero casualties #airshow #planecrash #fighterjet #fighterjetcrash #aviation ♬ original sound - Jado506bigpapa

NTSB sedang menyiasat nahas MiG-23 pada 13 Ogos berhampiran Ypsilanti, Michigan,” kata lembaga keselamatan itu di X, pada Ahad.

Juruterbang yang melentingkan keluar dari pesawat sejurus sebelum terhempas semasa pertunjukan Thunder Over Michigan itu, ditemukan selamat di sebuah tasik, lapor Fox News.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan di lokasi nahas dan punca kejadian masih disiasat.

Destination: