Akhirnya Dr Sheikh Muszaphar Jawab Persoalan Dari Suhaimi Saad Bumi Itu Sphera

TERKINI
February 15, 2019 - 12:27 PM


Tak habis lagi kes si Suhaimi Saad, dari kes tak nak vaksin anak-anak dan tak nak hantar anak-anak ke sekolah, kini Suhaimi kembali lagi dengan satu lagi teori yang membuat netizen rasa terpanggil untuk membawang. Nampaknya kerja netizen bertambah lagi lah. Habis ke kes Emma Maembong, muncul pulak si Suhaimi ni.

Teori yang agak tidak masuk akal adalah katanya bumi ini adalah 'flat' atau rata. Susulan dengan itu juga, Suhaimi mencabar pula angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzapkhar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa bumi itu bulat sfera. Pada masa yang sama, beliau berjanji akan menghentikan kajiannya dan menolong berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang mempercayai bentuk bumi ini rata.

OMG, cannot brainlah si Suhaimi ni!

Bukan itu sahaja, Suhaimi turut meminta netizen juga menunjukkannya di mana langit dunia seperti yang disebutkan dalam surah Al-Mulk.

Dengan itu, hari ini Datuk Dr Sheikh Muzapkhar Shukor berasa terpanggil untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Suhaimi tentang bumi ini adalah sfera.

Pic - Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas ...
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar ...
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari 
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam 
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika 
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri 
Degupan jantung berhenti seketika 
Meremang Bulu Roma 
Mata tidak terkebil 
Melihat Kebesaran Maha Pencipta 
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas ...
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana 
MasyaAllah ...SubhanAllah ...
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator . 
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers 
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart 
Salam Jumaat Everyone ...
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn ...
Love As Always ...
PS - Just wanted to straighten the facts !