‘Batmobile’ Untuk Dijual – Kalau Korang Ada RM 8.2 Juta Extra, Belilah

GAYA HIDUP
August 21, 2018 - 03:56 PM


Sekali pandang, SUV terbaru rekaan daripada Karlmann King ni tak ubah seperti Batmobil yang dipandu oleh Christian Bale.

Kalau nak diikutkan, Karlmann King memang memfokuskan kepada SUV custom-made yang mewah ataupun high-end lah kiranya.

Mengambil inspirasi daripada pesawat Falcon, setiap Karlmann adalah unik dan satu-satunya di dunia. Memang ultra-rare kata orang. Rekabentuk setiap Karlmann dibuat oleh lebih daripada 1800 orang tenaga kerja dan dihasilkan oleh pakar kenderaan custom dari Eropah.

Misi Karlmann King ni mudah, iaitu menghasilkan koleksi yang pertama dan seumpamanya di dunia. Dalam erti kata lain, kalau yang ini terjual, diorang akan design yang lain, tak akan sama!

Berbalik kepada Karlmann King SUV ni, ia dibina menggunakan rangka Ford F-550 dan harganya adalah USD 2 juta (RM 8.2 juta) dan harga tersebut akan jadi lagi mahal kalau korang nak tambah apa-apa ciri kesukaan korang.

Setakat yang ada ni, beratnya ialah 4,500 kg dan versi ada armor pulak mencecah 6,000 kg yang dikuasakan oleh engine V10, 6.8 liter.

Dari segi luaran, SUV ini dibina menggunakan carbon fiber dan besi ( ataupun bahan bulletproof) yang memberikan rupa dia ‘garang’ seakan-akan kenderaan tentera. Tapi, bukan secara formal lah, dia lebih urban.

Untuk dalaman, walaupun tidaklah semewah dalam limosin. Tapi terdapat sebuah TV, mesin espresso, konsol game dan peti sejuk.

Namun, disebabkan luarannya yang agak berat, kelajuan maksimum yang boleh dicapai hanyalah 140 kilometer per jam.

Kalau korang ada extra 8.2 juta, boleh la tempah sebijik. Teringin jugak tengok Karlmann ni atas jalan raya dekat Malaysia. Hehe

 

Kredit Foto : website | Karlmann King