‘Tidak Sengaja’ Atau Hanya Gimik? Tom Holland Dedah Tajuk Rasmi Spider-Man 2




Para peminat Marvel sudah tentu ‘masak’ dengan sifat naif dan ‘lurus’ pelakon Spider Man iaitu Tom Holland. Kalau korang browse di Youtube, banyak interview filem yang menunjukkan Holland terlepas cakap atau terbagitahu plot-plot penting dalam filem yang akan keluar. Senang cerita, kalau nak ‘spoilers’ semua akan cari Tom Holland.

Dilabel sebagai pelakon yang paling ‘tidak boleh’ dipercayai oleh Marvel, dalam Infinity War, beliau hanya mendapat skrip yang ada dialog babaknya sahaja. Sampai macam tu sekali Marvel takut Holland akan leak plot atau babak penting dalam filem tersebut.

Terbaru, Tom Holland buat hal lagi apabila secara ‘tidak sengaja’ mempamerkan tajuk rasmi filem Spider-Man 2 kepada pengikutnya di Instagram. Jika sebelum ini, beliau ‘kantoi’ untuk wataknya dalam Avengers, kali ini nampaknya Marvel mempergunakan Holland bagi mempromosikan filem terbaru aktor berkenaan.

Melalui skrip yang dipegangnya, terpampang tajuk kedua Spider-Man 2 iaitu ‘Spider-Man : Far From Home’. Menurut sumber, kejadian kali ini bukanlah daripada kesilapan Tom, tetapi sudah dirancang oleh Marvel untuk umumkan tajuk filem kedua Spider-Man secara tak langsung.

 

Sorry for no announcements, but I love you guys ♥️

A post shared by ✌️ (@tomholland2013) on

Dari tajuk, para peminat Spider-Man sudah mula berteka-teki tentang jalan cerita serta plot filem kedua itu. Tak kurang juga teori-teori yang dikeluarkan oleh peminat di Reddit.
 

Apa-apa pun, kita nantikan sahaja trailer atau filemnya keluar nanti.