10 Sisi Pelik Wanita Dari Pandangan Seorang Lelaki

GAYA HIDUP
March 08, 2018 - 12:17 PM


Selamat hari wanita sedunia. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua wanita-wanita di dunia tanpa anda gelaplah dunia lelaki. Event lelaki gay pun perlu wanita di sisi. Eh!

Wanita ni kita sedia maklum mereka adalah makhluk paling kompleks sebenarnya. Mereka boleh berubah kepada macam-macam character based on situasi. Orang lelaki mana boleh buat benda-benda macam ni. 

Sempena hari wanita sedunia yang di sambut setiap 8 mac ni aku nak pesan sikit lah kat kaum lelaki ni. Wanita ni kena faham je. Dah faham InshaAllah tenanglah hidup korang. 

Ini antara 10 sifat wanita dari pandangan seorang lelaki. 

1. Air mata adalah senjata utama perempuan.

2. Perempuan memang suka makan. Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk!

3. Bila seorang perempuan sudah meninggalkan lelaki ni, takkan ada lagi peluang kedua buat lelaki tersebut. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya.

4. Sibuk macam mana pun lelaki tu, tolonglah luangkan masa untuk perempuan ni sebab mereka sejenis manusia yang mudah kecil hati.

5. Bila perempuan mula cemburu, mereka boleh jadi sehebat Detective Conan tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik.

6. Perempuan suka kan pujian, lebih-lebih lagi daripada seseorang yang mereka suka.

7. Perempuan adalah makhluk paling sensitif bila mereka tengah datang bulan. Sejenis sindrom datang bulan (PMS). Jangan main-main waktu ni dorang boleh bertukar jadi singa jadian tau.

8. Jangan lupa tarikh lahir perempuan sebab mereka sentiasa menunggu wish ‘Happy Birthday’ daripada orang yang mereka sayang walaupun tak ada hadiah. Kalau lelaki ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan mereka akan rasa sangat dihargai.

9. Perempuan dapat ingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu la kalau lelaki mungkir janji, mereka akan ingat sampai hujung nyawa! Belum lagi kalau mereka ungkit cerita lima tahun lepas. Haihh *ketuk dahi*

10. Walaupun tengah sedih, perempuan tetap akan tersenyum. Mereka lebih suka menangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria di hadapan orang lain.

***********

Peliklah macam mana lelaki nak faham wanita sedangkan wanita pun tak boleh faham diri sendiri kan. #tanyajer

- Abg KeN Lelaki Macho!