3 Soalan Ala-Ala Detective Conan Yang Menguji Level IQ Rakan Anda

GAYA HIDUP
July 30, 2018 - 06:25 PM


Pernah tak korang berangan nak jadi polis atau penyiasat? Korang rasa-rasa korang berbakat untuk investigate personaliti dan perlakuan seseorang? Lebih-lebih kalau korang tak kenal orang tu langsung. Kalau korang rasa korang sebenarnya handal menilai personaliti seseorang, admin cadangkan korang cuba ujian-ujian di bawah ni. Boleh tak korang teka siapa dalam dalam semua pembunuhan ni? Kalau korang berjaya jawab dengan tepat, korang sendiri dah boleh tahu kerjaya apa yang sesuai untuk korang nanti.

1. Pembunuh misteri

Seorang pembunuh menjemput rakan yang ingin dibunuhnya makan malam di rumahnya. Setelah selesai makan, si pembunuh memberikan buah epal kepada rakannya itu tetapi ditolak dengan alasan dia sudah kenyang.

Lalu si pembunuh memotong dua bahagian, satu diberikan kepada rakannya itu dan satu lagi untuk dirinya sendiri. Mereka makan epal itu bersama-sama tetapi rakannya itu mati setelah memakannya. Apa yang peliknya, kenapa si pembunuh tak mati padahal dia makan epal yang sama?

Jawapannya: Pembunuh menggunakan pisau yang dilapisi dengan racun hanya pada satu bahagian saja.

2. Pembunuh di rumah

Seorang lelaki dijumpai dibunuh pada tengahari ahad itu. Semasa lelaki itu dibunuh, terdapat 4 orang suspek yang berada dalam rumah itu bersama-sama lelaki tersebut. Mereka adalah si isteri, tukang masak, pembantu rumah dan tukang kebun. Polis mula bertanya apa yang mereka lakukan pada hari itu. Masing-masing menjawab:

Si isteri: Saya baca buku.

Tukang masak: Saya sedang menyediakan sarapan.

Pembantu rumah: Saya sedang membetulkan meja yang rosak.

Tukang kebun: Saya sedang menyiram pokok.

Siapakah pembunuhnya?

Jawapannya: Tukang masak adalah pembunuhnya. Mana ada orang sediakan sarapan waktu tengahari!

3. Pembunuh kawan

Seorang lelaki didapati mati di dalam biliknya. Mayatnya ditemui oleh rakannya yang kebetulan sedang lalu di tepi bilik rumahnya itu.

Saya lalu di tepi rumahnya dan nampak lampu biliknya masih menyala. Saya ingin singgah dan berjumpa dengannya sekejap. Kebetulan cermin tingkap biliknya kabur kerana terdapat frost. Apabila saya mengelap frost tersebut, saya ternampak rakan saya sudah terbaring di situ.

Jawapannya: Pembunuhnya adalah dia sendiri. Frost bukannya di bahagian luar tingkap tetapi sepatutnya frost adalah di bahagian dalam tingkap