7 Tip Dekorasi Supaya Rumah Sentiasa Nampak Kemas Dan Teratur

GAYA HIDUP
June 24, 2019 - 10:44 AM


Ungkapan "home sweet home" dan "rumahku syurgaku" sering kali kita dengar sejak dari bangku sekolah lagi. Namun untuk mendapatkan rumah seperti yang kita idamkan bukanlah mudah seperti disangka. Banyak elimen yang perlu kita ambil kira untuk menjadikan rumah kita terbaik.

Rumah yang tersusun rapi dan dijaga memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga yang harmoni. Berikut kami di rileklah kongsikan 6 tip yang menjadikan rumah anda selesa dan sentiasa teratur. Walaupun saiz ruang yang limited namun kita masih lagi boleh menjadikan rumah tampak luas. 

Dekorasi rumah dan perabot rumah memainkan perasan yang cukup luas sekali dalaam menentikan rumah sentiasa nampak kemas dan cantik. Bagi anda yang nak jadikan rumah anda dalam sentiasa keadaan terbaik bolehlah cuba tip yang kami kongsikan ini.

1. CAT RUANG DENGAN WARNA LEMBUT DAN RINGAN

Warna-warna terang dan ceria misalnya memang menambah seri kediaman namun ia boleh membuatkan satu-satu ruang kelihatan kecil. Warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula boleh membuatkan ruang yang kecil nampak luas.

2. GUNA PERABOT PELBAGAI FUNGSI

Elakkan meletak banyak perabot dalam ruang yang kecil kerana ia akan membuatkan ruang itu nampak padat, malah sukar untuk bergerak. Beli perabot yang mempunyai pelbagai fungsi seperti kerusi ottoman yang mempunyai ruang penyimpanan.

3. LETAK CERMIN

Salah satu tips menghias rumah sempit agar menampilkan ruang yang luas adalah dengan meletakkan cermin di dalamnya. Dalam contoh ini, cermin telah diletakkan pada bahagian pintu wardrobe untuk menjimatkan ruang dan menjadikannya nampak lebih lapang. Bijak kan?

4. GUNA PERABOT YANG TIDAK MENGAMBIL BANYAK RUANG

Sebaiknya beli perabot yang bersaiz kecil untuk ruang kecil. Perabot bersaiz besar biasanya akan memakan banyak ruang. Dalam contoh di bawah, kita boleh lihat yang katil yang digunakan amat ringkas dan tidak mempunyai bahagian ‘kepala’. Ini bukan saja menjimatkan ruang, tetapi juga memberi kesan ruang yang lebih luas.

5. PILIH LANGSIR SESUAI & POSISIKAN DENGAN BETUL

Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut jadi sinaran matahari yang menerangi ruang menghasilkan pandangan yang luas.

Sebaliknya jika memasang langsir tebal, suasana gelap menjadikan ruang yang kecil nampak lebih kecil. Langsir juga lebih elok diposisikan pada kedudukan tinggi atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang ‘tinggi’.

6. TAMBAH RONA GELAP PADA SILING

Rona gelap jika digunakan pada siling akan memberi gambaran ruang yang lebih besar dengan siling yang tinggi.

**********

Dekorasi yang kemas dan cantik tidak bermakna jika keadaan udara dan pengaliran sistem udara tidak dijaga dengan betul. Jadi anda perlulah memastikan peralatan elektrik seperti kipas dan penyaman udara sesuai dengaan cuaca seperti sekarang.

Terbaru dengar cerita Mitsubishi Electric baru sahaja mengeluarkan kipas siling Yuga yang bukan sahaja berfungsi memberikan udara yang berkualiti di rumah anda terutama semasa tidur malah ia juga datang dengan rekaan yang cukup menarik sesuai dipasang di dalam rumah zaman sekarang.

Fakta: Tidur yang berkualiti mampu memberikan rehat dan stamina yang cukup untuk digunakan di hari-hari yang mendatang. 

[Rhythm & Sleep Mode]

Dengan fungsi terbaru "Rhythm & Sleep mode" ini kualiti udara dan tidur anda akan terjamin. Rasa seperti udara alam semulajadi katanya. Walaupun kipas ini berada berada dalam "mood sleep" ia juga mampu mengalirkan udara yang nyaman. 

Sleep mood berfungsi untuk membantu tidur anda lebih berkualiti dan selesa. Pendek kata ianya membantu anda untuk tidur lebih mudah, kekuatan angin dari kipas akan berkurangan sehinggalah kita tertidur secara automatik.

Untuk Rhythm pula, angin yang dikeluarkan lebih kepada angin semulajadi. Jadi ia tidak bising dan mengangu tidur anda. Kita akan berasa selesa bagai dibelai angin sepoi-sepoi bahasa walaupun swing mode ditutup.

Kipas Siling Yuga ini juga hadir bersama alat kawalan jauh untuk mengawal kelajuan kipas. 

Untuk mereka yang sering mengalami masalah Insomnia atau ganguan semasa tidur cuba anda check kembali kipas angin anda. Jika bukan bolehlah beralih kepada kipas - Yuga terbaru dari Mitsubishi Electric.

 

Rekabentuknya juga cukup moden dan eligan dan mampu membantu dalam menjadikan dekorasi rumah anda nampak lebih kemas dan teratur. Hadir dalam versi 4 bilah dan 5 bilah daun kipas. Warna pula terdapat dalam versi dark grey dan light grey.

Selain itu, kipas siling Yuga ini ada penetapan masa atau timer (1,3,6 jam) 

Macam mana? Cantikkan? Ni kalau anda pasang dekat rumah anda pasti akan bertambah seri dan tampak lebih kemas. Bukan sahaja cantik tapi fungsinya yang boleh dikatakan pintar ni memang sesuai buat mereka yang nak dapatkan tidur yang berkualiti. 

Untuk matlumat lanjut tentang penyaman udara dan kipas angin terbaru dari MITSUBISHI ELECTRIC boleh ke mitsubishielectric.com