Adaptasikan Gaya Dengan Hidup Aktif Bersama C By camel active!

GAYA HIDUP
February 11, 2022 - 10:48 AM


Sedar tak sedar, ketika dunia ‘berperang’ dengan musuh yang tidak dapat dilihat sebenarnya kita telah berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih dari setahun. Jika diimbas kembali, kita kini telah berubah daripada rutin dan gaya hidup aktif kepada pasif sehingga terpaksa mengamalkan beberapa norma baharu seperti memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau di mana kita berada. 

Pada fasa permulaan PKP bulan Mac tahun lepas, mesti korang banyak terdengar tentang segelintir individu yang masih tegar menjalani rutin harian seperti bersenam di taman dan berjoging di sekitar kawasan perumahan walaupun ianya dilarang. 

Namun lama kelamaan, makin ramai yang sedar tentang keperluan untuk kekal duduk di rumah tetapi masih perlu mengekalkan rutin atau gaya hidup aktif yang bersesuaian demi kesihatan tubuh badan serta minda yang lebih cerdas.

Bagi korang yang mula berasa lemau atau semakin risau dengan peningkatan berat badan yang semakin menjadi-jadi sejak terkurung di rumah, mungkin kini masanya untuk menukar gaya hidup norma baharu yang lebih aktif dengan #makeanactivechange daripada camel active.

APA ITU #makeanactivechange? 

Kempen #makeanactivechange dari camel active ingin menyeru rakyat Malaysia untuk mengadaptasikan ‘aktif’ di dalam gaya hidup masing-masing agar semua dapat menjadi lebih dekat dengan alam semulajadi. 

Alam semulajadi memainkan peranan yang penting pada di dalam kehidupan kita semua kerana apabila berada dekat dengan alam, ataupun hanya dengan melihat keindahan alam, ianya dapat memberikan kestabilan emosi, serta menyumbang kepada kecergasan dan kecerdasan badan dari sudut mental dan juga fizikal. 

Pentingnya bagi semua untuk #makeanactivechange setelah sekian lama kekal terperap di rumah dengan pergerakan yang amat minima, adalah amat penting untuk kita semua kembali aktif dan kembali dengan dengan alam semulajadi untuk reset semula ketenangan emosi, dan pada waktu yang sama melakukan aktiviti yang mampu menstabilkan tekanan darah, degupan jantung, ketegangan otot, dan hormon stress.

KOLEKSI PAKAIAN SERBA GUNA C by camel active

Jenama pakaian santai outdoor antarabangsa camel active kini mengeluarkan koleksi yang lebih berjiwa muda, ngam dengan gaya fesyen semasa dan trendy untuk streets of Malaysia sesuai dengan golongan belia zaman sekarang.

Koleksi C by camel active tampil lebih berani dengan menawarkan pakaian berkualiti lebih premium selari dengan perkembangan dunia fesyen, sambil mengekalkan kebolehan pakaian mereka untuk digunakan ketika melakukan aktiviti lasak.

Dibangunkan dan direka dengan mengutamakan kebebasan untuk bergerak, keselesaan dan berat yang minimal, korang tak akan rasa rugi jika menggayakan koleksi pakaian terbaharu ini. 

Sinonim dengan nama C  by camel active, koleksi kali ini juga dibuat dengan material yang ringan, serta tahan lasak, memberikan korang keselesaan yang maksima untuk bergerak aktif, tidak kira untuk aktiviti ringan rumah, atau aktiviti lasak di dalam hutan.

Atau dalam kata lain, kalau korang dapatkan koleksi C by camel active ni, macam korang beli pakaian 3in1! 

Koleksi pakaian dorang boleh korang gunakan untuk senaman ringan di rumah, kemudian lepas PKP, korang boleh gunakan pakaian sama untuk aktiviti lasak di luar termasuklah hiking dan koleksi yang sama juga boleh digunakan untuk pakaian OOTD yang kena dengan trend fesyen semasa! Menarik, kan!!!

C by camel active yang PRAKTIKAL

Yang paling min kagum dengan koleksi C by camel active adalah rekaan yang mengambil berat tentang faktor praktikal bagi seseorang yang kaki travel, kaki hiking, yang kalau boleh semua benda nak sumbat dalam 1 beg kan? 

Rekaan pakaian dan aksesori daripada koleksi C by camel active amat praktikal, senang cerita, korang boleh muatkan stok pakaian untuk beberapa hari dalam satu backpack je!

via GIPHY

KEUTAMAN PADA KEFUNGSIAN

Alangkah indahnya kalau jaket boleh jadi transformer yang senang dimuatkan ke dalam beg, ataupun sumbat je mana-mana dalam kereta, jadi kalau waktu-waktu yang korang memerlukan lapisan pakaian ekstra, ambil je! 

Commuter Jacket dari koleksi C by camel active mengambil kira kefungsian dan praktikaliti dalam rekaannya. Selain ringan dan bergaya, Commuter Jacket juga boleh dilipat dan dikedapkan di dalam simpanan berzip yang bersaiz kecil, mudah untuk disimpan di mana-mana, dan meninggalkan lebih banyak ruang untuk barangan lain di dalam beg korang.

PERADUAN GIVEAWAY

via GIPHY

Lagi best mengenai koleksi C by camel active ini adalah sekarang dorang tengah satu pertandingan dengan tawaran hadiah istimewa iaitu backpack (RM299) dan crossbody bag (RM209). Bukan itu sahaja malah jika bertuah korang juga berpeluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM1,106.

Macam Mana Caranya? Ikuti Langkah Mudah Di Bawah:

Langkah 1: Follow camelactive.my di Instagram.

Langkah 2: Komen pada hantaran Facebook Rileklah.com dengan tag 3 kawan korang dan jawab soalan berikut: 

“Apa yang korang suka tentang koleksi C by camel active?”

Langkah 3: Kongsikan hantaran tersebut!

Komen dengan jawapan paling menarik akan dipilih oleh camel active dan korang berpeluang memenangi salah satu daripada 3 unit backpack dan 1 unit crossbody bagSatu peringatan, komen yang dihantar bermula dari hari ini (11/2/2022) sehingga 25/2/2022 sahaja yang bakal berpeluang untuk memenangi giveaway kali ini!

Jadi tunggu apa lagi, jom sertai pertandingan ini cepat okay! Semoga berjaya!

Destination: