Buat 4 Perkara Ini Dahulu Sebelum Umur Anda Melangkah Ke 30 Tahun



Ada orang kata, sebelum tua, kita perlu buat senarai ‘checklist’ perkara yang kita mesti buat. Kalau tak, nanti boring lah hidup.

Berikut adalah antara perkara yang kita mesti buat sebelum capai usia 29 tahun!

#1 Travel ke serata dunia!

Orang kata, kalau banyak berjalan, luas pemandangan. Banyak je tempat menarik serata dunia ni yang kita boleh teroka. Waktu mudah ni lah peluang untuk korang explore negara-negara seperti Argentina, Barcelona, Mesir dan macam-macam lagi.

#2 Cabar Diri Sendiri

Tak semua orang berani buat perkara yang menakutkan seperti bungee jump atau meluncur udara dan terjun daripada kapal terbang atau berenang dilaut bersama jerung-jerung. Dah tua nanti tak boleh buat dah semua tu.

#3 Miliki Rumah Sendiri

Haaa ni sangat penting! Waktu muda ni lah paling bagus untuk anda miliki hartanah seperti rumah. So, bila dah kahwin nanti boleh lah masuk rumah tu terus dan bina keluarga dengan pasangan tanpa perlu risau tempat perlindungan.

#4 Belanja Diri Dan Keluarga Dengan Shopping Barang Rumah

Sebelum usia 30, start kumpul barangan peribadi seperti TV, kipas, mesin basuh, peti ais dan lain-lain lagi kepunyaan sendiri. Penuhkan ruang rumah dengan barang-barang kegunaan harian supaya hidup jadi lebih mudah dan senang di kemudian hari. 

So ini antara checlist yang wajib anda buat sebelum menghabiskan masa berumur 20 siries..