Doktor Ini Kongsi Mitos Pantang Larang Tentang Mandi Yang Selama Ini Ramai Salah Sangka

GAYA HIDUP
March 07, 2018 - 04:12 PM


Setiap hari kita mandi. Orang kata nak mandi, kena jaga pantang larang. Ini dari kecil lagi aku dengar. Percaya atau tidak satu masa dulu aku pun percaya benda macam ni. Sekarang baru tahu bahawa semua benda adalah mitos semata-mata... hahaha Damn it!!

1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau. Mitos! Panau adalah jangkitan kulat pada kulit. Ia berlaku apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti rendah, atau kekurangan gizi. Jika berpeluh atau selepas mandi anda tak keringkan badan maka barulah kena panau serta pengor

2. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit. Mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Mandi yang menyebabkan perut anda buncit tu namanya Nasi Mandi(Arab).

3. Mandi basahkan kepala dulu menyebabkan strok. Mitos! Strok berlaku apabila darah beroksigen tidak sampai ke tisu otak akibat pembuluh darah pecah atau tersumbat. Perubahan suhu di kepala apabila terkena air ketika mandi tidak mengganggu saluran darah beroksigen ke otak.

4. Mandi malam menyebabkan paru-paru berair. Mitos. Istilah paru-paru berair ni ditafsirkan dalam bahasa perubatan sebagai ‘pneumonia’. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Mandi malam tidak menyebabkan serangan pneumonia mahupun serangan pontianak.

5. Mandi lama² ketika pantang bersalin sebabkan bentan. Mitos. Mandi lama² tak sebabkan bentan atau masuk angin. Luka perineum atau perut(Cesarean) perlu dijaga dengan baik. Perlu makanan seimbang & minum air secukupnya. Barulah tak lesu. Mandi sekejap tu namanya mandi kerbau.

Perkongsian oleh Dr. Kamarul Ariffin