Fast And The Furious 9 Mula Penggambaran Februari Nanti – Vin Diesel



Nampaknya mungkin francais Fast and Furious membawa ke siri ke-10. Pengumuman berkaitan Fast Furious 9 ni diumumkan sendiri oleh Dom. Watak utama yang dibawakan oleh Vin Diesel.

Menerusi satu video pendek di Instagramnya, Vin Diesel menjelaskan penggambaran Fast and Furious 9 akan berjalan pada Februari nanti dan produksinya akan bermula di London.

Kapsen Dom ringkas je “ Crew heads out to London next month for the next chapter…#FAST9 “

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Crew heads out to London next month for the next chapter... #FAST9

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

Dan... semestinya pada ruangan komen video tersebut, ramai yang dah tak sabar menantikan kemunculan sekuel daripada siri Fast and Furious ni.


Poster tak rasmi - Fanmade

Walaupun, boleh dijangkakan kebanyakan watak akan membuat penampilan sekali lagi tapi tak pasti sama ada ‘The Rock’ Dwayne Johnson dan Jason Statham akan ada dalam filem Fast9 ini untuk membawa watak Hobbs dan juga Shaw.

Katanya duo berkenaan tengah sibuk membuat penggambaran untuk satu  filem spin-off Hobbs And Shaw yang dijadualkan keluar pada 26 Julai 2019.

Dengar cerita, penulis screen play dan pengarah pun bertukar. Pengarah veteran Justin Lin yang sebelum ni buat Fast 5, Fast & Furious dan beberapa lagi siri francais berkenaan.

Dalam banyak-banyak, scene ni paling style! 

Apa-apa pun, kita tunggu ajelah Fast 9 ni nanti ye.