Kecundang Kepada Maghribi, Sepanyol Pecat Enrique Sebagai Jurulatih

GAYA HIDUP
December 09, 2022 - 12:20 AM


Malang nasib Luis Enrique apabila dipecat sebagai jurulatih Sepanyol selepas juara 2010 itu kecundang kepada Maghribi pada aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 awal minggu ini.

Perkara tersebut disahkan dalam satu kenyataan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol pada Khamis.

"Presiden, Luis Rubiales dan Pengarah Sukan, Jose Francisco Molina sudah memaklumkan keputusan itu kepada jurulatih," kata kenyataan itu.

Pengendali berusia 52 tahun itu selepas perlawanan mengakui bertanggungjawab ekoran kegagalan Sepanyol mara ke suku akhir.

Enrique juga mengakui bahawa beliau perlu dipersalahkan susulan kekalahan berkenaan.

Enrique dilantik sebagai jurulatih Sepanyol pada 2018 dan mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini.