Mercedes AMG-Project ONE - Teknologi Formula One Berharga 11 Juta

GAYA HIDUP
September 18, 2017 - 02:06 PM


Pameran Auto Frankfurt 2017 merupakan acara tahunan yang ditunggu – tunggu bagi peminat automotif. Mana tidaknya, di pemaran inilah selalu syarikat – syarikat pengeluar kereta mempamerkan segala jenis kereta mereka daripada prototype, kereta konsep dan juga kereta yang mungkin akan berada di pasaran.

Antara yang mencuri perhatian tahun ini adalah Mercedes. Manakan tidak, dengan look yang sangat handsome dan sexy, siapa yang tak tertarik dengan AMG The Project One ini. Menurut laman web Carlist, sebiji akan ke Malaysia. Tapi masih belum diketahui pemiliknya siapa.

 

 

Kereta ini memang ‘handsome’, dari segi luaran, performance dan interior. Walaupun menggunakan teknologi Formula One, tetapi kereta ini sah digunakan di jalanraya tau.  AMG Project ONE  ini dikatakan mempunyai 1,000 hp dan berharga 2.7 juta USD. Kalau pegi ke duit Malaysia…. Kira – kira 11 juta jugaklah kan…

Okay, untuk 11 juta tu, anda akan dapat kereta dua tempat duduk supersports menggunakan teknologi hibrid Formula 1 selain daripada ianya dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun ke-50 AMG. Kereta hibrid berprestasi tinggi ini dikatakan mampu mencapai kelajuan melebihi 350 km / j.

 

Selain itu, AMG Project One ini dikuasakan dengan enjin petrol hibrid V6 1.6 liter dengan direct injection serta turbocharger yang dibekalkan secara elektrik. Teknologi ini diambil secara terus daripada kereta lumba Formula 1 Mercedes-AMG Petronas.

 

Ha, kalau selama ini anda teringin nak ada kereta formula 1 tu dekat rumah, inilah kereta paling sesuai untuk anda. 

 

Sumber : Mercedes | Carlist