Predator Thronos – Gaming Chair Paling Futuristik Dari Acer

GAYA HIDUP
November 16, 2018 - 03:38 PM


Jika korang gamer tegar, mesti korang tahu produk terbaru daripada Acer ni kan? Di sebut sebagai Gaming Cockpit, Predator Thronos telah dipertontonkan oleh Acer Malaysia di Axiata Arena, bersempena dengan acara The Kuala Lumpur Major yang sedang berlangsung sehingga hujung minggu nanti.

Merupakan salah satu ‘bintang’ semasa Acer Global Press Conference tiga bulan lalu, kokpit gaming ini mempunyai arm atas kepala yang mampu memegang 3 monitor bersaiz 27 inci. Dengan sudut baringan sehingga 140 darjah, Predator Thronos ini didatangi dengan lampu yang boleh diadjust pada kerangkanya dan didatangkan dengan kerusi yang mempunyai stail perlumbaan.

Lebih menarik, kokpit ini didatangkan dengan sistem hidraulik yang ditempatkan pada lengan pemegang monitor. Secara tak langsung ia boleh memberikan keselesaan yang mutlak pada gamers.

Walaupun agak kekurangan pada sistem audio, untuk pasaran Malaysia Predator Thronos ini didatangkan dengan sebuah Desktop PC Gaming iaitu Predator Orion 9000. Ia dilengkapi dengan pemprosesan Intel Core i7, dual NVIDIA GeForce 1080 Ti, RAM sebanyak 16GB, 256GB PCIe solid state drive dan hard drive sebesar 2TB 7200rpm.

Tambahan daripada itu, untuk pasaran Malaysia, Predator Thronos ini turut didatangkan dengan gaming mouse Predator Cestus 500, headset Predator Galea 300, Keybord gaming Predator Flare dan juga kerusi gaming Predator TT eSports.

Buat masa ini, ia belum dijual secara besar-besaran namun jika anda berhajat, boleh hantarkan email kepada Acer di email ama.marcom [AT]acer[DOT]com. Untuk harga, sediakan RMRM56,999 untuk sebuah dan hadir dengan jaminan selama setahun.

Oh, terdapat hanya DUA unit Predator Thanos sahaja yang dibawa masuk setakat ini ye untuk pasaran Malaysia.

Jom kita tengok video berkaitan Predator Thronos ni 

Ini pulak review untuk produk ni daripada chanel Youtube.