Sedarlah Wahai Melayu Ini 13 Perkara Perlu Dibetulkan Kalau Mahu Berjaya - Tun Mahathir



Tak semua Melayu seperti didakwakan oleh Tun M, namun apa yang disenaraikan ada betulnya. lagi-lagi bab hutang. Orang Melayu sememangnya liat untuk membayar balik hutang. Bagi mereka hutang adalah sesuatu yang ringan dan tidak perlu diselesaikan.

Selain hutan banyak lagi senarai yangdikeluarkan oleh Tun M terhadap Melayu, Perlu ubah untuk berjaya.

Berikut kesalahan orang Melayu yang disenaraikan oleh Pengerusi BERSATU yang juga penulis Dilema Melayu itu:

PERLU RAJIN

1. Orang Melayu tidak bekerja sekuat orang lain

2. Orang Melayu tidak ambil berat tanggungjawab

3. Orang Melayu kurang meneliti sebelum buat keputusan dan bertindak

4. Orang Melayu kurang kuasai ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk buat keputusan

5. Orang Melayu lebih suka serah kerja kepada orang lain

6. Orang Melayu cepat menuntut hak. Mahu gaji tinggi tetapi kerap bawa M.C. apabila tidak hadir bekerja

"Tanpa izin saya berani mendakwa kita malas. Kita lebih suka serah kerja kepada orang lain. Hari ini kita dapati ramai orang asing datang bekerja di negara kita. Kenapa? Kerana kita tidak sanggup bekerja. Pergilah ke tempat kerja dan kita tidak akan bertemu dengan pekerja kita.Ya, memang kerja itu berat. Mungkin kotor dan berbahaya. Kita cuma cari kerja yang ringan, dikilang berhawa dingin. Tetapi disitu pun daya keluaran atau produktiviti kita rendah” - Tun Dr Mahathir Mohamad

 

BERAMANAH

7. Orang Melayu mudah memungkiri janji

8. Orang Melayu tidak segan untuk mengambil barangan atau duit yang bukan milik kita

9. Orang Melayu berat membayar balik hutang

"Walau apapun alasan yang diberi, hakikatnya kita tidak bayar hutang. Bagi kita ini perkara kecil. Tetapi bagi bangsa kita, ia memburukkan kepercayaan kepada kita. Orang tidak suka bagi pinjaman kepada kita. Bank tidak sanggup memberi hutang kepada orang Melayu kerana percaya mereka tidak akan bayar. Maka bermasalahlah peniaga Melayu, sukar untuk meminjam modal. Maka marahlah kita kepada bank. Janganlah aniaya kita kerana orang lain yang lokek. Tetapi kita sudah terkenal sebagai bangsa yang lokek. Maka terpalitlah juga kita kerana bangsa kita tidak dipercayai” - Tun Dr Mahathir Mohamad

BERPERASAAN MALU

10. Orang Melayu tidak ada rasa malu kalau tidak bayar hutang

11. Orang Melayu tidak ada rasa malu dan tidak peduli sekiranya dianggap tidak beramanah

12. Orang Melayu tidak ada rasa malu sekiranya gagal menjayakan tugas

13. Orang Melayu tidak peduli kualiti sesuatu produk dihasilkan 

"Budaya, nilai hidup, sifat yang baik dikatakan baik kerana ia baik bagi kita. Kita akan berjaya jika kita miliki dan amal nilai-nilai yang baik. Terdapat banyak nilai hidup yang baik. Tetapi saya sebut disini hanya tiga sahaja. Iaitu rajin, beramanah dan berperasaan malu. Dengan tiga ini sahaja pun kita boleh berjaya, kita boleh bersaing dengan orang lain dan menang dalam persaingan kita. Cubalah.” - Tun Dr Mahathir Mohamad