Sony Playstation 5 Dijangka Akan Berada Di Pasaran Pada Awal 2020

GAYA HIDUP
June 21, 2018 - 12:04 PM


Sony PlayStation 4 (PS4) dikatakan konsol yang sangat releven dan menjadi pilihan para gamers luar sana, walaupun akan ada geng Xbox yang tak setuju akan statement ni, tapi kalau kita adakan debat ilmiah macam mana sekalipun, comparelah dari segi apa pun, tiap-tiap konsol akan ada peminat dia sendiri. Alah, sama macam korang lebih suka coke berbanding pepsi.

Berbalik kepada PS tadi, ada ura-ura yang mengatakan Sony PlayStation 5 akan dilancarkan dalam beberapa tahun lagi. Reka bentuk PS 5 ini boleh dilihat melalui sebuah rekaan konsep yang ‘leak’ di internet baru-baru ini.

Konsep Sony PS 5 ini direka oleh Joseph Dumary dan dikhabarkan controller PS 5 ini iaitu DualShock 5 bakal mempunyai touch screen dan juga pengimbas cap jari.

Selain itu, dikhabarkan DualShock 5 ini akan hadir dengan teknologi pengecasan wireless. Secara tak langsung, ia akan membolekan controller ini sentiasa di cas.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi tentang fungsi touchscreen pada controller tersebut, menurut gambar, ia boleh paparkan mesej. Kalau betul, nampaknya lepas ni awek-awek dah tak ada masalah boyfriend tak reply whatsapp bila diorang main FIFA. Hehehe…

Sony PlayStation 5 ini dijangka akan berada di pasaran seawal tahun 2020. Kalau korang tengah menabung untuk dapatkan PS 4 tu, kalau sanggup tunggu lagi 2 tahun, silakan simpan duit tu, kita beli PS 5 terus.