Tragedi 10 Sekeluarga Maut Di Kemaman - Ini 5 Petua Kenali 'Kepala Air' Walaupun Bukan Di Musim Tengkujuh

GAYA HIDUP
July 04, 2023 - 04:35 PM


Fenomena kepala air sering berlaku bila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Fenomena ini berlaku ketika hujan lebat dan cuaca tidak menentu.

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kejadian menyayat hati apabila satu keluarga lemas di hutan Air Putih, Kemaman. Kejadian ini dikejutkan susulan penemuan mayat dipercayai seorang wanita hanyut di sungai di kampung berkenaan.

TRAGEDI KEPALA AIR RAGUT SEBUAH KELUARGA MELIBATKAN 10 NYAWA

Bukan sahaja seluruh ahli keluarga seramai 10 orang ini hanyut dibawa kepala air malah pihak polis turut menemui sebuah kereta Jenis Proton Gen 2 kira-kira dua kilometer dari penemuan mayat wanita berkenaan, manakala gambar yang viral menunjukkan terdapat sebuah motosikal juga hanyut.

Sehingga kini masih ada mayat yang belum ditemui dan kerja-kerja mencari giat dijalankan.

Berikutan berlakunya kes lemas yang menggerunkan ini, orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan dahulu kawasan sungai atau air terjun kerana risiko berlakunya insiden alam iaitu kepala air.

AWASI PETANDA AWAL 'KEPALA AIR'

Menurut laporan Buletin Utama yang menemuramah Pakar Alam Sekitar, Profesor Zulkifli Yusop --mengatakan bahawa fenomena ini boleh berlaku meskipun bukan dalam musim tengkujuh.

Kepala air boleh berlaku apabila gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.

Air yang tenang boleh berubah secara mendadak apabila kepala air membawa gelombang air, ranting kayu, batu batu, Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya termasuk manusia.

Oleh itu, penting untuk mengetahui petanda awal kepala air kerana anda hanya mempunyai antara 10-15 minit sahaja bagi keluar dari kawasan sungai!

1.Langit gelap di puncak bukit (hulu sungai).

2.Bunyi guruh, dentuman.

3.Bunyi letupan kuat atau sebarang bunyi kuat yang luar biasa.

4.Perubahan warna air daripada jernih ke warna gelap atau kehitaman.

5.Paras air meningkat secara mendadak.

Perhatikan setiap tanda ini tidak kira musim, kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Kalau boleh, elakkan melakukan sebarang aktiviti di kawasan sungai atau air terjun buat sementara waktu untuk mengelakkan sebarang risiko.

Sumber: Sirap Limau, Public HealthBuletin Utama

ARTIKEL BERKAITAN: Risau Mandi Sungai Atau Air Terjun? Ini Petua Kenal Pasti 3 Jenis 'Kepala Air'

Destination: