5 Tempat RARE untuk dikunjungi Musim cuti ini




Anda rasa HOTEL dah boring? anda ingin kelainan bila bercuti atau bermalam di sesuatu tempat? jom lihat penginapan yang kami tonjolkan. mungkin anda tertarik...

tengok gambar gambar pun cam tak sabar nak pergi kan?

Detail tempat penginapan ada di setiap gambar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. The Shorea, Negeri Sembilan
Di sini terdapat 2 kolam renang buatan manusia dan satu kolam renang air sungai semulajadi.
Selain daripada berehat didalam suasana resort yang mewah, anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti, mountain biking, jungle treking, nature walk dan mandi di air terjun Jeram Toi.

Alamat : Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon : +6017 300 5600
Facebook: The Shorea
Instagram: The Shorea
Laman Web: theshorea.com

 

2. Sekeping Serendah, Selangor
Tetamu dapat tidur didalam chalet yang berkonsep terbuka supaya mereka dapat menghayati dengan sepenuhnya pengalaman berehat ditengah hutan. Anda tidak perlu risau digigit nyamuk kerana setiap katil disediakan dengan kelambu.
Alamat :
Sekeping Serendah, Jalan Ipoh, Kg Orang Asli, Serendah (N3.368050 E101.631150,)
Telefon : +6012 324 6552
Facebook: Sekeping Serendah
Instagram: Sekeping Serendah
Laman Web: www.sekeping.com

 

 

 

 

3. Limas Tiga, Melaka
Homestay peribadi yang dikhaskan untuk tetamu beragama Islam ini hanya mengambil masa perjalanan 2 jam dari Kuala Lumpur. Resort ini dibahagikan kepada 3 rumah yang berasingan dan setiap rumah mempunyai 2 bilik tetamu yang luas. Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang, bilik karaoke dan Wifi.

Alamat : 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300 Umbai, Melaka
Telefon : +6012 623 7687
Facebook: Limas Tiga
Instagram: Limas Tiga
Laman Web: limastiga.blogspot.my

 
 
 
 
4. Desa Balqis, Melaka
Terletak di Kuala Tinggi Melaka, tempat penginapan menarik ini sesuai untuk mereka yang mencari resort yang luas untuk beristirehat bersama keluarga yang bertema tradisional melayu sambil menikmati suasana bercuti di tepi pantai.

Alamat : Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
Telefon : +60 3-4022 7728
Facebook: Desa Balqis
Instagram: Desa Balqis
Laman Web: desabalqis.com

 
 
 
5. The Dusun Mantin, Negeri Sembilan
Rumah Rehat ini diperbuat daripada kayu dan direka dengan elemen modern-tradisional. Tetamu dapat melihat pemandangan hutan lipur semulajadi yang belum pernah disentuh manusia. Supaya suasana resort tidak menjadi terlalu sesak dan untuk menjaga keindahan alam disini, hanya bilangan tetamu yang terhad dibenarkan menginap disini pada bila-bila masa.

Alamat : 3437, Kampung Kolam Air Mukim, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Facebook: The Dusun
Instagram: The Dusun
Laman Web: thedusun.com.my