7 Tip Perlu Anda Tahu Sebelum Ke MATTA Fair Minggu Ini

March 13, 2019 - 12:01 PM


Buat mereka yang selalu travel, MATTA Fair adalah tempat paling best untuk lepak. Bersinar-sinar anak mata dengan pelbagai tawaran dan promosi travel yang hebat-hebat. Dari Asia hinggalah Eropah, Amerika dan Afrika masing-masing hangat mempromosikan destinasi ini.

Bagi mereka yang tidak selalu travel, ini juga kesempatan anda untuk mendapatkan pakej terbaik untuk destinasi yang anda ingin pergi. Inilah masa untuk dapatkan ganjaran untuk diri sendiri setelah setahun bekerja. Jadi ambillah kesempatan ini untuk melepaskan sedikit tekanan bekerja dan luangkan masa dengan yang tersayang

Tak lupa juga dengan mereka yang bercadang untuk bulanmadu, Pelbagai tawaran turut disediakan. Cuma perlu pilih destinasi sahaja, tapi ingat dengan pelbagai godaan promosi di sana pastinya akan menggoda anda ke tempat lain. 

Ok sebelum ke MATTA Fair, kami ingin kongsikan sedikit tip yang perlu anda tahu. Sekurang-kurangnya bila dah sampai kat sana anda tahu tujuaannya. Tidaklah nanti balik dengan tangan kosong ataupun terlebih belanja. 

Tip Perlu Anda Tahu Sebelum Ke MATTA Fair Mac Ini

1. Kenalpasti Lokasi Percutian Anda

Ok sebelum ambil kepeutusan untuk ke MATTA Fair sebaiknya anda sudah pastikan lokasi percutian anda, kalau boleh sediakan 2-3 pilihan. Mana tahukan tawaran destinasi pilihan 2 lebih baik dari pilihan 1. Lagi satu pentingnya tip ini boleh elakkan anda berbelanja secara membabi buta. Kenalpasti lokasi percutian anda juga merupakan antara tip asas untuk menrancang percutian anda.

2. Hati-hati Memilih Pakej Percutian

Bagi memastikan anda mendapat pakej percutian yang dapat meminimumkan pengeluaran wang anda lakukan survey telebih dahulu. Pakej apa yang perlu anda pilih? Yang paling bijak dan save adalah anda beli pakej semasa MATTA Fair. Waktu ini harga memang berbaloi. Kerana harga fair. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk buat booking. Dan sebelum pergi ke MATTA Fair tu, pastikan anda letak budget dan bawa bersama. Terus booking jika kena dengan citarasa dan gerak hati anda. Perlu diingat, waktu tu ramai orang, jadi ambil tempat yang sesuai sebelum membuat tempahan. Catat segala pertanyaan yang terbuku dan simpan segala rekod sekiranya anda telah membuat tempahan. 

3. Masa Sesuai Untuk Mencari Hotel 

Selain pakej percutian, hotel juga ada menawarkan promosi yang berbaloi. Bagi mereka yang suka bercuti secara ala cart ini juga masa untuk mencari hotel yang terbaik dengan harga berpatutan. Kebiasaanya promosi ini hadir termasuk pelbagai pakej yang ditawarkan oleh pihak hotel. 

Tapi hati-hati dengan pelbagai pakej hotel kalau di Eropah. Hakikatnya hotel 4 bintang di UK dan EU adalah sama kelas dengan hotel 2 bintang di Malaysia.

Jadi jangan terpedaya dengan ranking bintang kat sana terutama hotel-hotel kecil tempatan.

4. Buat Kajian

Selepas dah pastikan destinasi anda, sila buat sedikit kajian tentang tempat anda nak pergi. Nanti bila nak tengok promosi dekat MATTA Fair ianya akan menjadikan proses anda lebih mudah. Paling tidak pun anda dah boleh bajet harga pakej dan dapat elakkan terlebih berbelanja.

5. Buat Perbanding 

Jangan lupa buat perbandingan setiap pakej yang ditawarkan. Kebanyakkan company akan buat promosi ke destinasi yang sama namun berbeza apa yang ditawarkan. 

6. Jaga Keselamatan

Awasi setiap gerak geri dengan orang yang berada di sebelah kita dan sentiasa berjaga-jaga dengan barangan peribadi seperti telefon bimbit, beg duit, tas tangan, barang kemas dan sebagainya. Ini kerana kita tidak dapat menjangka jika orang di sebelah kita ada niat yang tidak baik seperti menyeluk saku atau meragut.

Dan bagi mereka yang bawak anak-anak kecil sentiasa awasi anak anda. Budak-budak ni kadang-kadang aktif dia lain macam. Untuk elakkan kejadian tak diingini berlaku lebih baik waspada. 

7. Parking

Untuk mereka yang datang dengan kereta sendiri harap tanamkan expectation yang parking akan penuh. 

Pandu sehingga ke Seri Pacific Hotel pintu masuk dan ke tempat letak kenderaan valet yang menelan belanja kira-kira RM15-RM45 bergantung kepada berapa lama masa anda parkir.Tidak perlu  bersusah-payah kerana anda hanya berjalan kaki tak sampai 5 minit ke Pameran MATTA dari pintu masuk hotel.

Selain itu, boleh juga parking dekat Sunway Putra Mall. (Elakkan meletak kenderaan di sepanjang jalan kerana anda boleh disaman oleh polis).

Cara terbaik untuk ke MATTA Fair adalah menggunakan Grab atau pun boleh naik LRT.

8. Datang Awal

Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, anda perlu untuk menuju ke sana sebelum pukul 11 pagi.

******

MATTA Fair 2019

Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

Masa: 10am - 9pm

Tempat: PWTC KL

Destination: