Kurang dari sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, tapak cerun ini terletak di dalam kawasan hutan Banjaran Titiwangsa yang berketinggian 600 meter dari aras laut.
Udara sejuk dan segar sesuai untuk mereka yang ingin percutian cepat yang tidak memerlukan masa perjalanan yang jauh. Penginapan yang ditawarkan di sini adalah rumah 3 bilik, rumah bot, chalet moden, dan chalet kampung. Para tetamu juga boleh menikmati aktiviti seperti berjalan kaki di dalam hutan, memancing, dan berbasikal.
- Alamat: Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.
- Harga: Dari RM95 seorang.
- Laman web: Sailor’s Rest Resort
6. Caravan Serai
Caravan Serai menawarkan pelbagai jenis penginapan seperti villa, bilik suite dan khemah safari. Sekiranya anda inginkan kolam peribadi tanpa gangguan dan tak kisah untuk bayar lebih, pilihlah penginapan di villa.
Tetapi jika anda betul-betul mahu menikmati alam sekitar, bermalam di khemah safari adalah pilihan yang tepat.
Banyak aktiviti yang ditawarkan di sini, berenang di kolam renang yang sumber airnya datang dari air sungai berdekatan, memandu ATV di kawasan hutan yang mencabar, karaoke dan berbasikal.
- Alamat: Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
- Harga: Dari RM197/malam
- Laman web: Caravan Serai Exclusive Villas
7. Time Capsule Retreat
Luangkan masa dalam kapsul unik yang terletak di pekan kecil Sungai Lembing, Kuantan. Gerai makanan juga mudah diakses kerana kawasannya terletak dua minit perjalanan dari pekan berdekatan.
Selain bilik kapsul, terdapat juga bilik lain yang lengkap dengan jakuzi dan dek luaran untuk anda bersantai dan menikmati udara segar di luar.
Bercuti dan berehat di sini pastinya berbaloi, terutamanya untuk pencinta alam semula jadi!
- Alamat: EB4 Belakang Sek Men, 26200 Sungai Lembing, Pahang.
- Harga: Dari RM139/malam
- Laman web: Time Capsule Retreat
8. Chengal Hill Retreat
Chengal Hill Retreat terletak di kebun yang berkeluasan 5 ekar dan di kawasan berketinggian 900 meter dari aras laut. Disebabkan ketinggiannya ini, anda dapat menikmati udara yang dingin dan segar, lebih-lebih lagi pada waktu malam dengan suhu 22 darjah dan ke bawah.
Penginapan yang disediakan adalah riverside chalet, dorm style chalet, water chalet, apachi, khemah camping dan glamping. Anda juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, ATV, menyewa 4WD untuk meneroka hutan di sekitar, berbasikal dan meredah hutan.
- Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang, Pahang, Malaysia
- Harga: Dari RM350
- Laman web: Chengal Hill Retreat