Destinasi Terbaik Untuk Percutian ‘Bajet’ Ke Jepun - RM250 Sahaja Sehari



Walaupun ada reputasi sebagai negara ‘paling mahal’ untuk travel di rantau Asia, Jepun sebenarnya tidaklah semahal yang disangka. Mungkin, satu masa dulu ia agak mahal (disebabkan kos sara hidup tinggi), kini kos sara hidup dan percutian ke Jepun dah jadi lebih murah.

Sebagai contoh, tiket pergi balik ke Tokyo untuk penerbangan bulan Disember hanya RM1600 semasa artikel ini ditulis lah. Tapi boleh dapat lagi murah kalau korang pandai. Ini sebagai contoh je.

Jadi kalau untuk percutian ‘bajet’ atau murah ada caranya. Tapi, apa yang bakal dikongsi ini adalah tempat-tempat menarik di Jepun yang tak menggunakan duit yang banyak.

#1 Tokyo

Tokyo adalah salah satu bandar paling sibuk di Jepun, memang kos untuk ‘stay’ di sini agak murah, tapi bergantung pada kawasan dan jenis penginapan yang kroang pilih lah. Sebab kenapa Tokyo ada dalam senarai ni adalah; ada banyak taman-taman yang cantik korang boleh pegi dan kebanyakkannya PERCUMA. Sebagai contoh Yoyogi Park dan Imperial Palace.

Ataupun, untuk pengalaman yang lagi menarik, pergi ke Shinjuku Gyoen, bayar dalam 200 yen je (RM7).

 

#2 Fukuoka

Terletak di kepulauan Kyushu, Fukuoka ni adalah salah sebuah bandar utama dan merupakan pilihan bandar yang lebih murah berbanding yang lain. Jadi, bersesuaian sangat dengan percutian bajet korang.

Untuk guesthouse, hanya 2,400 yen (RM87) atau korang boleh dapat apartment di Airbnb serendah 6,500 yen (RM250) semalam untuk dua orang.

Disebabkan Fukuoka ni terkenal dengan pantai dan juga temple purba, jadi korang boleh menjamu mata sebanyak mungkin tanpa keluar duit yang banyak, kalau keluar pun mungkin untuk transport.

 

#3. Kamakura

Nak ‘rasa’ sejarah Kyoto, tapi taknak terjebak dengan tourist-trap maka, Kamakura adalah pilihan terbaik untuk korang! Disebabkan ia dekat dengan Tokyo (kurang dari 1 jam perjalanan), korang secara tak langsung boleh berjimat dari segi perjalanan menggunakan shikansen.

Kalau nak tahu, sekitar tahun 1192, Kamakura ni adalah pusat politik Jepun dan ia menjadi tempat pemerintahan untuk jangka masa satu abad! Hari ini, terdapat banyak bangunan-bangunan lama dan bangunan berkaitan dengan sejarah yang masih teguh berdiri dekat sini.

Dekat Kamakura ni, boleh korang melawat Kamakura Daibutsu. Patung buddha kedua tertinggi di Jepun.

 

#4 Osaka

Osaka ni boleh dikatakan ‘adik’ kepada Tokyo, tapi pilihan makanan lagi sedap dan banyak berbanding Tokyo. Kalau nak cakap pasal penginapan di Osaka pulak, ada pilihan yang bersesuaian dengan bajet.

Di Osaka ni, banyak street food yang korang boleh cuba lah. Antaranya okonomiyaki atau takoyaki.

 

#5 Okinawa

Kalau korang nak ke pantai atau nak tengok kebudayaan Jepun, tapi dekat tempat yang bersesuaian dengan bajet dan murah, Okinawa adalah tempatnya.

Kalau nak adventure, ada banyak pilihan pantai untuk korang berkhemah secara percuma ataupun murah. Cuma pastikan tiada papan tanda ‘no-camping’ lah!

Guesthouse dekat Okinawa pun dalam 2,000 yen (RM 87) untuk satu malam, salah satu sebabnya, adalah harga perumahan di sana adalah murah berbanding kawasan lain di Jepun.

 

#6. Kobe

Kalau Osaka adalah Tokyo versi ‘murah’, Kobe ni lagi murah dari Osaka. Selain terkenal dengan daging Kobe ataupun Kobe Beef, disini kaya dengan sejarah dan kebudayaan yang perbagai. Salah satu faktornya adalah pada awalnya Kobe ni adalah bandar pelabuhan.

Nak baca pengalaman kami cuba Kobe Beef? Boleh ke entri : Menikmati Wagyu Beef Di Kobe, Jepun

 

#7 Sapporo

 

Kalau nak tengok pemandangan gunung ganang yang cantik ataupun cuba ramen yang paling sedap di Jepun, silalah ke Sapporo.

Kalaut nak murah, elakkan pergi waktu musim sejuk. Sebabnya kebanyakkan pelancong akan ke Sapporo untuk salji. Selain itu, nak cari penginapan jauh lebih senang pada musim panas berbanding musim sejuk.

Antara tarikan yang korang boleh pergi secara percuma adalah Odori, Moerenuma dan Nakajima Park.