Jom Ke Korea! 7 Festival Yang Anda Boleh Pergi di Korea Sepanjang Oktober

TRAVEL
October 04, 2018 - 06:41 PM


Seperti kita ketahui Korea merupakan salah satu destinasi yang cukup popular dalam kalangan orang Malaysia. Bilangan pelancong Malaysia ke Korea sangat tinggi. Drama-drama Korea juga memainkan peranan penting dalam mempromosi Korea sebagai destinasi travel.

Baca juga: 30 Filem Korea Wajib Tonton Sehingga 2018

Sepanjang bulan Oktober ini, kami senaraikan 7 festival yang anda boleh sertai jika ke Korea. 

Di Korea, sebanyak 16 festival yang meraikan musim menuai Ginseng Korea berlangsung di seluruh negara, termasuk di kawasan Seoul, Gyeonggi, Gangwon, Chungcheong, Jeonbuk dan Gyeongbuk. Acara pertama dalam senarai ialah "Sidang Kemuncak Ginseng Organik Dunia Anseong Pertama" yang bakal bermula pada 3 Oktober ini.

Autumn Festival in Korea

Festival-festival Ginseng tempatan tahunan ini menyediakan peluang yang menarik untuk mencuba resipi dan makanan yang diinspirasikan daripada Ginseng Korea, berserta pelbagai program dan acara kebudayaan. 

Boleh baca: 40 Tips & Tricks Bercuti Ke Korea

Program-program tahun ini termasuk penuaian Ginseng Korea, rendaman kaki ginseng, penggulungan akar ginseng dan banyak lagi yang pastinya akan menghiburkan semua peringkat usia dan citarasa.

Festival-festival ginseng telah menarik perhatian banyak pelancong asing selain penduduk Korea, mempromosikan Ginseng Korea dengan menyediakan peluang-peluang perayaan bagi mendemonstrasikan dan mengalami kecekapan serta kualiti hebat Ginseng Korea.

Senarai festival bermula pada Oktober ini di Korea:

  • Seoul (Festival Ginseng Korea) 
  • Gyeonggi (Sidang Kemuncak Ginseng Organik Dunia Anseong, Festival Ginseng Anseong, Festival Ginseng Hwaseong, Festival Ginseng Icheon, Festival Ginseng Korea Ganghwa, Festival Ginseng Kimpo, Festival Ginseng Paju Kaesong, Festival Ginseng Kaesong)    
  • Gangwon-Do (festival Ginseng Mewah Hongcheon dan Daging Korea) 
  • Chungcheong (Festival Geumsan Insam, Pasar Tani Ginseng Seosan) 
  • Chungbuk (Festival Ginseng Eumseong, Festival Ginseng Jeungpyeong) 
  • Jeonbuk (Festival Ginseng Merah Korea) 
  • Gyeongbuk (Festival Ginseng Gyengbuk Yeongju Punggi)

Maklumat terperinci dan jadual untuk festival Ginseng Korea, Korea boleh didapati daripada laman sesawang Persatuan Ginseng Korea (http://www.korean-ginseng.org).

Destination: