Menginap Di Rumah Mewah Dengan Airbnb




Kehadiran Airbnb dalam industri penginapan dilihat oleh sesetengah pihak sebagai ‘gangguan’ namun bagi para pelancong atau penggembara, konsep seperti ini adalah sesuatu yang mereka mahukan.

Sebabnya, selain menawarkan penginapan dan sarapan pagi, ada sesetengah pengusaha atau pemilik rumah di Airbnb akan ada bersama atau sekurang-kurangnya berdekatan dengan penyewa kediaman mereka.

Ada juga antara mereka yang sempat ikut pemilik untuk melakukan rutin harian dan kepada seorang traveller, perkara ini adalah sesuatu pengalaman yang tidak dapat dibeli.

Baru-baru ini, Airbnb telah menyusun langkah untuk terus ‘mengganggu’ industri penginapan dan penghotelan dengan memperkenalkan penambahan kepada platform mereka iaitu ‘Airbnb Plus’.

Menerusi Airbnb Plus ini, mereka hanya akan menawarkan rumah adan penginapan yang berkualiti tinggi dan host yang mempunyai review yang baik. Tambah Airbnb lagi, kesemua tempat yang disenaraikan dalam Plus adalah rumah yang mendapat markah 100 dan keatas dalam pemeriksaan kualiti mereka.

Selain itu, setiap host atau pemilik Airbnb di Plus perlulah mempunyai rating sekurang-kurangnya 4.8, barulah mereka akan diberikan lencana ‘PLUS’ untuk menandakan senarai kediaman mereka.

Untuk peringkat awal, hanya 2000 senarai rumah telah dikenalpasti dalam 13 bandar telah layak untuk disenaraikan dalam fungsi PLUS ini. Sebagai penambahan juga, Airbnb turut menambah jenis penginapan yang ditawarkan.

Kalau sebelum ini hanya ada Entire Home, Private Room dan Shared Space, kini korang dah boleh pilih Vacation Home, Unique, B&B dan Boutique.

 

Bukan selalu dapat bercuti dalam rumah mewah kan? Bagus jugak Airbnb buat macam ni, sekurang-kurangnya traveller ada pilihan lain kalau taknak stay dekat hotel dan selalunya di Airbnb lebih murah. 

=aj=