New Zealand – Negara Paling Cantik Di Dunia, Ini Buktinya



Masa Aj praktikal dekat sekolah dulu, ada seorang cikgu ni selalu share pengalaman dia masa stay dekat New Zealand. Lagi satu, ramai traveller cakap bila dekat New Zealand, tak payah susah-susah nak cari angle cantik, lighting cantik untuk tangkap gambar, sebab memang kebanyakkan tempat kat sana cantik. Tinggal nak snap gambar je.

Kalau korang tak percaya, ni 8 tempat yang boleh dijadikan bukti kenapa New Zealand ni adalah negara yang paling cantik di dunia. (Jangan cakap Aj cakap Malaysia tak cantik pulak, Malaysia cantik jugak, kena pandai cari tempat je).

 

#1. Queenstown Gardens

Kalau naik flight, masa kapal terbang nak mendarat tu korang akan nampak pemandangan yang sangat cantik di Queensland. Tapi, kalau nak lagi best, korang kena jalan-jalan dekat taman yang ada dekat sini.

 

#2. Wai-O-Tapu

Landskap dekat kawasan ni memang mempersonakan. Walaupun akan berbau sulfur sebab kawasan air panas, tapi warnanya yang hijau, kuning dan merah karat ni memang nampak macam lukisan.

 

#3. Mount Victoria

Pemandangan di sekitar kawasan pantai dekat downtown Aucland berdekatan Devonport ni nampak macam biasa. Cuba jalan kaki sepanjang Victoria Road dan naik ke Mount Victoria ni. Memang akan tempampang ‘view’ pelabuhan Aucland. Selain tu memang nampaklah segala bangunan dan kepulauan Rangitoto.

Nak dapat pemandangan cantik, memanjat lah sikit. Hihi

 

#4. Fox Glacier

Fox Glacier ni cantik kalau kita tengok dari udara. Selain merupakan salah-satu pemandangan Westland National Park, kita boleh memilih untuk sight-seeing menggunakan helikopter. Alang-alang dah sampai kan, apa salahnya.

 

#5. Kauri Cliffs

Kauri Cliffs, yang terletak di antara hutan hujan, bukit-lembah dan pantai, dari sini korang boleh tengok view pulau-pulau.

Selain pada tu,kat sini terdapat padang golf dan pemandangan dekat sini adalah salah satu yang paling indah di dunia dan katanya lubang ketujuh mungkin mempunyai pandangan yang paling indah. Walaupun anda bukan pemain golf, confirm jatuh cinta dengan view dekat sini.

 

#6. Coromandel Peninsula

Terletak antara Teluk Hauraki dan Lautan Pasifik di timur Auckland, Coromandel menjanjikan satu pengalaman yang sangat indah. Korang boleh hiking di hutan hujan tropika, pilih lah sama ada nak ke Karangahake Gorge, bergegas ke The Pinnacles atau mengembara ke Pantai Pesisir, korang akan disajikan dengan pemandangan indah sejauh 10 kilometer dari bukit hijau yang indah sehinggalah teluk berwarna biru.

Pandangan terbaik dari semua mungkin dari Gunung Paku di bandar tepi pantai Tairua. Memang cantik, sampai ada yang gelarkan ‘syurga dunia’.

 

#7. Gibbston Valley

Drive keluar dari Queenstown menuju wilayah wain Otago Tengah, korang akan melalui kawasan jalan raya yang melintasi bukit-bukit yang penuh dengan pohon-pohon poplar, pohon-pohon anggur yang rapi dan pemandangan tasik dan puncak salji.

 

#8. Mount John

Nama je ‘mount’ tapi sebenarnya bukan gunung pun, lebih kepada bukit-bukau yang dilitupi rumput. Terletak 300 meter dari Lake Tekapo, korang akan dapat menikmati pemandangan gunung bersalji. Selain tu, dekat Mont John ni, sebenarnya tapak pemandangan malam yang sangat cantik. Korang boleh nampak seluruh galaxy dari sini.