Perkara – Perkara Yang Tak Ramai Orang Kongsi Pasal Solo Travel



Solo travel, perkara yang tengah ‘in’ bila sembang pasal travel hari ini. Baik lelaki atau perempuan, baik jauh atau dekat.

Selain senang, tak memeningkan, travel secara seorang ni bukan nak kata korang tu ‘forever-alone tapi lebih kepada korang nak masa untuk diri sendiri.

Nak book tiket, senang. Terasa nak pegi, tarikh ngam. Book tiket, apply cuti, sampai waktu dan tarikh nak travel, terus gerak. Kan senang. Kalau ramai-ramai ni; biasalah. Bukan semua orang free pada waktu yang sama. Kena tunggu yang sana, tunggu yang sini, masuk yang cancel last minute, senang cerita, kalau solo travel ni kuranglah ragamnya.

Sebelum korang teruskan pembacaan; nak cakap je ini pendapat penulis secara personal, tak bermaksud semua orang alami dan setuju dengan benda ni okay?

Ini benda-benda yang tak selalu dikongsikan oleh solo traveller. Senang cerita, perkara yang tak best masa solo travel.

#1. Berdua Lebih Baik

Kalau betul nak gerak ‘solo’ sebaiknya pergi berdua. Sebabnya, kalau seorang, susah korang nak dapatkan gambar yang cantik – kalau korang jenis nak gambar cantik dekat Instagram lah. Nak harapkan orang dekat sana nak tangkapkan, korang doa-doalah orang yang korang jumpa tu pandai ambilkan gambar.

Kalau kawan korang, korang boleh la bagitahu nak angle macam mana, nak shot macam mana dan sebagainya.

Cara ke dua, bawak lah tripod. Tapi dari pengalaman aj sendiri; gambar tak secantik dengan orang tangkapkan dan katalah korang nak mandi air terjun ke, mandi laut ke, tak ada orang nak tengokkan barang-barang peribadi korang.

#2. Kesihatan

Kadangkala, kita boleh jatuh sakit sewaktu travel; tapi mintak dijauhkan lah. Walaupun kita bawak segala kelengkapan ubat, tapi cuba bayangkan kalau korang memang teruk dan tak larat sangat-sangat.

Kalau ada kawan sekali, sekurang-kurangnya ada yang belikan ubat, sapukan ubat, belikan makanan dan sebagainya.

#3. Terlalu ‘friendly’

Salah satu perkara yang best sewaktu solo travel adalah orang tempatan akan lebih mesra dengan korang kalau dia tahu korang berseorangan. TAPI; menurut cerita-cerita yang tak best, promoter, supir dan sebainya yang berkaitan akan mula ‘menggatal’ lagi-lagi kalau korang tu jantinanya berlainan dari diorang. Selalunya berlaku dekat solo traveller perempuan-lah.

#4. Beg Berat – Lebih Muatan

Biasanya, bila travel solo ni korang akan fikirkan ‘worst-case scenario’. Jadi, korang akan bawak segala benda yang korang rasa penting. Macam contoh, kalau travel ramai-ramai korang boleh bahagikan, siapa nak bawak travel iron, siapa nak bawak makanan extra dan sebagainya. Tapi kalau korang solo, semuanya korang kena bawak sendiri-lah.

Kena pulak, flight korang delay atau ada transit di airport. Bila ramai-ramai, korang boleh bersembang dan ‘lupakan’ pasal beg yang berat tu. Bilas orang-sorang ni, korang faham-fahamlah.

Tips dekat sini – travel light je.

 

#5. Kecewa

Bila sampai di satu destinasi, kadang-kala korang kan terasa kecewa dengan pilihan yang korang buat untuk travel solo. Contohnya, korang pergi sana dengan harapan yang tinggi, tiba-tiba tempat tu, tak macam apa yang korang bayangkan.

Sekurang-kurang kalau tempat itu membosankan, korang ada teman untuk berborak.