Tempat Menarik Di Vietnam Untuk Anda Yang Pertama Kali Ke Sana

TRAVEL
August 03, 2018 - 02:28 PM


Disajikan dengan pemandangan gunung-ganang yang menenangkan, tapak-tapak warisan UNESCO, pantai yang cantik sampailah bandar mega, itulah yang korang boleh lawati sepanjang berada di Vietnam. Untuk yang kali pertama ke Vietnam, kitorang senaraikan tempat-tempat yang korang boleh lawati di Vietnam.

 

#1. Hanoi

Walaupun agak padat, dengan kira-kira 7.5 juta penduduk dan 5 juta motorsikal, di Hanoi terdapat beberapa tempat yang cantik untuk korang lawati.

Antara yang famous di Hanoi, semestinya jambatan merah yang ada di Hoan Kiem Lake. Selepas itu, korang boleh ke tapak penjara Hao Lao.

Kini ia telah dijadikan muzium. Selain bekas penjara kepada pesalah di Vietnam semasa pemerintahan colonial, banduan perang juga ditempatkan disini semasa perperangan Vietnam – Amerika Syarikat.

 

#2. Sapa

Kalau nak diikutkan, Sapa ini terletak di puncak gunung di utara Vietnam. Selain lembah yang dikelilingi gunung ganang yang mempunyai view yang sangat damai.

Untuk ke sini, korang boleh gunakan overnight train daripada Hanoi. Kalau korang minat spa, boleh cuba Victoria Sapa Resort & Spa.

 

#3. Halong Bay

Salah satu tapak warisan UNESCO, Halong Bay menjanjikan pemandangan yang tak dapat digambarkan dengan ayat-ayat manis. Hehe.

Lan Ha Bay

Walaupun perairan disini agak sibuk dengan bot-bot pelancong, ia tetap cantik. Kalau taknak tempat yang tenang serta kurang pelancong, boleh ke Ginger Haling ataupun ke Lan Ha Bay.

 

#4. Hue

Walaupun kebanyakan bangunan di Hue musnah semasa perang, disini korang boleh ‘merasai’ sejarah yang ada pada Vietnam.

Sementara di Hue, korang boleh ke Thien-Mu pagoda, pagoda 7 tingkat yang sangat terkenal.

Kalau untuk masa pendek, pergilah day trip dari Danang atau Hoi An. Cuma peringatan disini, pakaian haruslah bersesuaian untuk ke kawasan beribadat orang ni.

 

#5. Hoi An

Hoi An adalah sebuah bandar kurun ke-16, dan merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Terkenal dengan deretan kedai-kedai kecil sepanjang jalan, disini juga banyak tukang jahit serta tanglung yang berwarna-warni sepanjang jalan raya.

Thu Bon River

Cara paling ‘best’ untuk bergerak di bandar kecil ini adalah menggunakan ‘basikal posmen’ Jepun yang boleh disewa di La Siesta Hoi An. Korang boleh menaiki basikal sepanjang sungai Thu Bon.

 

#6. Saigon

Bandar yang terletak di selatan ini boleh dikatakan memukau dan boleh jugak dikatakan ‘merimaskan’. Kalau nak ‘lari’ daripada tempat yang sesak ni, boleh menaiki bot laju untuk ke Villa Song. Di bandar Saigon, korang boleh ke Muzium Peringatan Perang Vietnam.

Selain muzium, korang boleh lawat tapak kereta kebal melanggar pagar pada akhir peperangan di Vietnam. Di selatan Saigon pula, terdapat kompleks Mekong Delta yang menjadikan tempat tinggal, floating market dan sawah padi. Memang kalau disini, korang jalan-jalan santai sahajalah.

 

#7. Phu Quoc

Lepas ‘semakkan’ kepada di Saigon, korang bolehlah ke Phu Quoc. Boleh dikatakan Phu Quoc ni adalah sebuah kepulauan yang terletak di perairan antara Cambodia dan teluk di Thailand.

Selain jalan udara, boleh naik feri ke Phu Quoc

Lebih daripada separuh pulau ini merupakan taman negara Phu Quoc. Daripada gunung, hutan tropika, sehinggalah hidupan liar, semua ini boleh korang alami di Phu Quoc.

Selain Phu Quoc, korang boleh ke Nha Trang untuk dapatkan ‘vitamin-sea’ dan pantai yang cantik. Oh, untuk ke sini, korang boleh menaiki penerbangan domestic melalui Jetstar,VietJet Air atau Vietnam Airlines ataupun melalui jalan laut.

Satu je pesan kitorang, dekat Vietnam ada banyak scam, jangan terkena ye. Untuk langkah berjaga-jaga, bacalah Tips Elak Ditipu Semasa Shopping Di Vietnam.