Travel ke Vietnam: Tip Elak di Tipu Semasa Beli Belah

July 10, 2018 - 06:34 PM


Vietnam merupakan destinasi syurga buat mereka yang kaki shopping ataupun mereka yang mencari barang untuk di jual di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia menjadikan Vietnam sabagai sumber perniagaan mereka. Contohyang viral adalah tudung Neelofar Vietnam.

Namun bagi mereka yang sudah biasa membeli belah di sana pastinya sudah tahu akan tip dan trick supaya tidak menjadi mangsa penipuan seperti kita sedia maklum di Vietnam penipuan melibatkan pelancong sangat tinggi.

Jadi kami kongsi kan tip shopping di Vietnam untuk elakkan di tipu. Tip ini di kongsi oleh saudari Fadzillah Mamat di twitter

Travel ke Vietnam: Tip Elak di Tipu Semasa Beli Belah

Sebelum pergi Vietnam, tak perlu tukar duit terlalu banyak. Tukar dalam RM150 - RM200 sahaja pun cukup. Yang ni untuk cover duit teksi dan juga duit sim card. Jangan tukar duit di Malaysia sebab tukar duit di Vietnam lebih untung.

Yang ni mungkin ramai dah tahu, tapi saya bagitau juga. Elakkan tukar duit di airport sebab caj dia mahal. Sebaiknya survey dulu kat money changer mana tukaran dia bagus. Sebab lain money changer lain lain tukaran. Tak sama 100%.

Kat mana nak tukar duit di Vietnam? Kat kawasan pasar Ben Than ada dua kedai emas yang juga ada servis money changer. Kedai tu sebaris dengan Coffee Beans dan betul-betul mengadap salah satu pintu masuk pasar Ben Thanh. Salah satu kedai bernama Ha Tam.

Sebelum tukar, elok tanya dulu rate kedua-dua kedai sebab adakalanya tak sama. Dah puas hati dengan rate, baru tukar. Sebaiknya kira dan susun duit betul-betul untuk elakkan ditipu. Tapi berdasarkan pengalaman, saya belum rasa tertipu dengan kedua-dua money changer ni.

atu lagi tips, jangan bawa wang tunai terlalu banyak. Setiap negara ada undang-undang berbeza tentang berapa jumlah wang tunai maksimum yang boleh dibawa masuk. Kaji dulu jumlah maksimum untuk setiap negara. Saya pernah ditahan sebab bawa wang tunai terlalu banyak.

Bawa wang tunai setakat yang boleh sahaja. Lebihan wang boleh juga diambil melalui ATM (kena activate dulu servis untuk ambil duit di luar negara) atau boleh juga transfer kepada supplier. Transfer selalunya boleh guna Moneygram (Maybank) atau Western Union.

Apabila sampai di airport Vietnam, jangan ambil teksi di kaunter kerana agak mahal. Untuk jimat, keluar dari pintu utama, belok kanan, jalan sampai hujung, naik lif ke tingkat 2 (Departure). Keluar lif, jalan ke arah Dominos Pizza dan nanti akan nampak pekerja teksi Vinasun.

Kat Vietnam, teksi paling reliable adalah teksi Vinasun. Teksi ni ada agak selesa, ada aircond, ada meter dan jarang sangat berlaku penipuan.

Elakkan naik teksi lain.

Selalunya saya tak booking hotel pun sebab ada banyak hotel di sekitar kawasan Ben Than Market. Tapi kalau nak pergi ramai dan pada waktu peak, boleh booking dulu. Cari hotel di jalan Nguyen An Ninh. Antara hotel budget di situ adalah Saigon Pink 2, Thanh Thu atau Gia Huy.

Hotel Budget ni rate dia dalam USD25 satu malam. Kalau datang urusan bisnes, saya duduk hotel budget je. Tapi kalau datang dengan family, saya akan pilih hotel lebih selesa yang berdekatan. Harga sekitar USD35-45 satu malam.

Saya suka tinggal kat area Nguyen An Ninh Street sebab ada banyak restoran makanan halal dan ada pasar malam. Kat sini juga banyak peniaga Muslim Champa yang boleh berbahasa Melayu. Money changer dan pasar Ben Than pun dalam 100m-200m je.

 

Kalau nak lebih mencabar, dari airport tu boleh juga naik bas no 52. Hentian terakhir bas tu adalah pasar Ben Thanh. Tiket dalam 5000 dong camtu je. Kalau tukar tak sampai RM1. Kalau nak naik bas, keluar dari pintu utama airport, belok kanan dan jalan terus sampai hujung.

Kalau datang dgn anak kecik memang tak digalakkan sebab berdebu sangat. Dahlah trafik kat Ho Chi Minh sesak. Jangan terkejut tengok motor byk dan semua memandu sesuka hati. Selalunya kalau naik teksi tu kan, kaki tu macam nak tolong tekan brek. Tapi accident jarang berlaku.

Internet kat Vietnam agak laju. Wifi hotel bajet pun internet laju. Boleh kata semua hotel dan restoran ada wifi. So tak perlu roaming dan lebih baik beli sim card Vietnam dan guna wifi hotel je.

Saya beli simcard di airport. Dalam perjalanan nak keluar ke pintu utama airport, ada beberapa kiosk kecik di sebelah kiri (berdekatan tandas). Selalunya saya pergi ke kiosk paling hujung. Harga dalam 200,000 Dong (lebih kurang RM35) boleh dapat internet dalam 5G camtu.

Kalau beli barang banyak-banyak (samada untuk berniaga atau untuk peribadi) dan tak muat luggage, ada dua pilihan samada nak kirim dengan kapal atau dengan kapal terbang. Kalau kirim dengan kapal amik masa dalam 10-14 hari. Kalau dengan kapal terbang amik masa 2-3 hari shj.

Selalunya kedai yang kita beli tu boleh tolong poskan barang kepada kita (samada melalui sea / air). Kalau kita ada akaun Fedex / DHL, boleh request untuk mereka pickup dari mana mana lokasi. 

Bila naik teksi tu selalunya saya akan cakap nak ke pasar Ben Thanh je dan selalunya driver teksi dah kenal kita orang Malaysia dan dah tahu kita nak pergi area mana. Elok juga print nama dan alamat hotel (area Nguyen An Ninh Street) dan nanti bagi kertas tu pada driver teksi.

Ramai yang risau pasal kena tahan kastam dan kena bayar cukai di airport. Ya kalau banyak sangat barang memang akan kena tahan. Kadar cukai untuk pakaian siap 10% dari harga. Kadar cukai untuk kain 30% dari harga. Tapi kalau kena tahan pun ada budi bicara.

Luggage kita pun tak besar sangat kan. Kalau pergi lebih 3 hari selalunya tak ada masalah sangat. Sebab logiklah kita bercuti dan shopping. Kalau pergi 1-2 hari memang nampak sangat berniaga. Berdasarkan pengalaman, selalu jumlah cukai dalam RM50-RM150 macam tu je.

Kat airport Vietnam pun kadang ada juga pegawai diorang yang nak pau pelancong Malaysia. Lepas dah check in tu kadang dia panggil masuk bilik. Kalau barang banyak dia akan kata kita buat kesalahan sebab tak declare. Sebenarnya tipu je tu. Buat buat bodoh dan tak faham je.

Kalau dia minta juga, bagi je duit kecik yang ada. Bagi RM10 atau RM20 pun dah okay. Ataupun bagi duit dong dalam 100,000 (~RM17) atau max 200,000 (~RM35). Jangan bagi banyak banyak macam dia minta. Sebaiknya simpan duit yang kita ada dalam beg lain jangan bagi dia nampak.

Ok itu sahaja. Selamat bershopping. Semog selamat dan sentiasa berhati hati.

Destination: