Sebab Kenapa Iceland Bakal Pencabar Pasukan Gergasi di Piala Dunia 2018

June 22, 2018 - 12:09 PM


Iceland mungkin di lihat pasukan belasahan di Piala Dunia, malah di Eropah. Namun, tahukah anda pasukan kerdil ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri menjadikan Iceland antara pencabar kepada pasukan gergasi dunia.

Pada perlawanan pertama Iceland berjaya mengikat Argentina 1-1 yang merupakan pasukan yang di tangga ke 5 dalam ranking FIFA. Sementara Iceland pula di tangga ke 22.

Malam ini Iceland bakal berdepan dengan pasukan di tangga ke 48 dunia. Dan dijangka tidak menghadapi sebarang masalah mengutip 3 mata dan layak ke pusingan seterusnya. (Padangan aku lah hahaa)

Di kejohanan Eropah pada tahun 2016 Iceland bukan sahajaa layak menyertai kejohanan tersebut malah telah mengalahkan salah satu gergasi bola sepak dunia, England, di peringkat kalah mati. 2 gol pada separuh masa pertama membuktikan bahawa negara kecil ini sangat hebat dan telah mengejutkan dunia bola sepak dengan melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Kekalahan tersebut sangat memalukan bagi England (ranking ke-12 dunia) yang terdiri daripada pemain terkemuka dunia yang bergaji tinggi, dan membuatkan jurulatih Roy Hodgson meletakkan jawatan serta-merta.

Namun England bukan satu-satunya pasukan berprofil tinggi yang dimalukan oleh Iceland, malah Belanda (ranking ke-17 dunia) juga tewas 2 kali di peringkat kelayakan menentang Iceland memastikan pasukan Oranje itu tersingkir dari kejohanan UEFA EURO 2016 sepenuhnya.

Bukan kehebatan pasukan Iceland yang membuatkan pasukan ini berjaya mengikat Argentina malah berjaya menepis sepakan penalti Lionel Messi yang di katakan pemain terbaik dunia ketika ini, Iceland begitu bersemangat ditambah dengan sokongan padu rakyatnya membuatkan pasukan ini begitu sukar di tundukkan.

Di katanya juga hampir 100% rakyat Iceland menonton perlawanan pertama pasukan ini. Hebat kot, atau mungkin sebab penduduk Iceland hanya sekitar 325 juta orang sahaja iaitu lebih 100 kali ganda dengan Malaysia.

Berikut kami kongsikan 5 fakta kenapa Iceland 

1. Negara paling kecil yang layak ke Piala Dunia

Iceland merupakan negara pertama dalam sejarah Piala Dunia yang mempunyai populasi kurang daripada 1 juta dan berjaya bertanding dalam pentas bola sepak terulung ini.

2. Sangat berjaya di peringkat dunia

Sebelum 9 Oktober, yang juga dikenali sebagai Hari Leif Erikson di Amerika Syarikat bersempena dengan penjelajah Viking purba yang merupakan hero Iceland, detik-detik paling membanggakan bagi negara ini berlaku pada kejohanan Eropah pada tahun 2016. Iceland bukan sahajaa layak menyertai kejohanan tersebut malah telah mengalahkan salah satu gergasi bola sepak dunia, England, di peringkat kalah mati.

3. Bina kejayaan perlahan-lahan

Di sebalik kehebatan dan kejayaan yang dikecapi sekarang ini, Iceland bukanlah negara yang kuat dari segi sukan bola sepak sebelum ini. Malah, sehingga tahun 2012, mereka dianggap sebagai pasukan belasahan di Eropah, berada di kedudukan serendah ke-131 dunia.

4. Jurulatih Iceland adalah seorang doktor gigi

Namun dalam kehidupan sebenar, pasukan bola sepak kebangsaan Iceland dilatih oleh Dr. Heimir Hallgrimsson, seorang doktor gigi.

5. Penjaga Gol Iceland adalah seorang pembikin filem

Penjaga gawang Iceland, Hannes Halldorsson yang berjaya menepis sepakan penalti Lionel Messi juga mempunyai pekerjaan lain iaitu pengarah filem, yang mana beliau hanya menjadi pemain bola sepak profesional bermula tahun 2013.

6. Tidak bermain untuk kelab ternama dunia. 

Dalam skuad piala dunia, hanya 3 orang pemain daripada 4 liga tersebut beraksi iaitu Johann Berg Gudmundsson (Burnley) dan Gylfi Sigurdsson (Everton) dan Alfreð Finnbogason (FC Augsburg). Kapten pasukan Iceland, Aron Gunnarsson bemain untuk kelab Cardiff City.

sumber rujukan : Heavy, Iceland, Adventure, Iluminasi.