Tampil Sebagai Pemain Gantian, Rurik Gislason Terus Jadi Tumpuan Gadis-Gadis

June 21, 2018 - 12:46 PM


Masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan antara Iceland dan Argentina, pemain tengah Iceland yang berambut perang ini terus menjadi ‘bintang’ di media sosial.

Mana tidaknya, pengikut yang ‘follow’ akaunnya pada malam tersebut melebihi penduduk di Iceland sendiri!

Selain berjaya memikul tugas menjada Lionel Messi, Gislason sebenarnya menjadi perhatian kerana mempunyai wajah ‘comel’ bak kata peminat-peminat wanita. Daripada 30,000 pengikut di Instagram sebelum perlawanan tersebut, kini dia mempunyai 250 ribu pengikut.

 

 

Setakat hari ini, Gislason dah mempunyai hampir 700 ribu pengikut. Ketampanan wajah Rurik tersebut berjaya menarik perhatian aktres popular Brazil, Gabriela Lopes yang turut memuji kecomelan Rurik. Di Twitter pula, tanda pagar #sexyrurik dikatakan trending dan rata-rata peminatnya dari Amerika Selatan.

Hurm, sekali tengok macam Chris Hemsworth pun ada Rurik ni…

 

 

Kepada yang mencari, ini biodata Rurik GIslasson :

 

Nama Penuh : Rurik Gislasson

Tarikh Lahir : 25 Februari 1988

Tempat Lahir : Reykjavik

Tinggi : 1.84m (6kaki)

Posisi : Pemain Tengah

 

Media sosial : Instagram | Twitter