Berkomplot Dengan ‘Raja Mesir’ – Peminat Berang Pogba Sering Bergambar Bersama Salah



Seteru atau rivalry dalam bola sepak adalah perkara biasa dan kalau lebih ekstrem sampai sanggup berbunuhan. Macam kes yang berlaku di Indonesia tahun lepas.

Kalau di Liga Perdana Inggeris, ramai sedia maklum yang Manchester United dan Liverpool adalah musuh ketat dan perlawanan kedua-dua pasukan tersebut akan dipanggil derby. Sama juga kalau Liverpool menentang Everton, ataupun kalau di Malaysia, sudah pastilah Klang Valley Derby iaitu antara KL dan Selangor.

Sejak 125 tahun dulu, Liverpool dan Manchester United ni sememanya berseteru. Tak percaya? Cuba minta peminat Manchester United pakai jersi Liverpool, diorang sanggup tak pakai baju punyalah. Sama jugak dengan peminat Liverpool. 

Baca : Sebab-Sebab Penyokong Liverpool Benci Manchester United

Tapi, baru-baru ni sebuah foto telah mengundang kemarahan kedua-dua belah pihak. Paul Pogba dengan selamber memuat naik foto bersama Mohamed Salah, pemain dari kelab Liverpool. Sambil kapsyennya “sedang berkomplot dengan Raja Mesir”.

Foto tersebut memang mengundang kecamanlah daripada netizen. Ada yang menghantar minta Pogba menurunkan gambar dan ada juga yang minta persahaban keduanya tidak diteruskan.

“Dulu, pemain Manchester tak akan bergambar dengan lawan, sekarang semua berubah”, tulis seorang peminat.

Tak kurang juga yang hantar komen bernada sinis mengatakan Pogba sedang belajar teknik ‘diving’.

Tapi, itu hanya segelintir. Sebabnya ramai yang memuji foto berkenaan kerana mereka musuh di dalam padang dan pemain juga berhak bersahabat dengan sesiapa sahaja.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Plotting with the King of Egypt 🇪🇬 @mosalah @adidasfootball #daretocreate

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on

Pada kami, kedua-dua bintang ini menunjukkan sikap profesionalisme dan sportsmanship yang baik!