Tips Fantasy Premier League – Transfer Terbaik Menjelang GW22



EPL kembali lagi minggu ni selepas memberi laluan kepada perlawanan Piala FA minggu lepas. Kalau nak ikutkan, perlawanan Liga Inggeris akan berlangsung untuk 2 minggu sebelum laluan diberikan untuk Piala FA dan Piala Carabao.

Ini adalah jadual perlawanan EPl ikut darjah kesukaran: Merah tu sukar, hijau tu game senang. Kuning, pertengahan. 

Masuk ke minggu ke-22 ni, ada pasukan yang tengah bergelut dengan masalah kecederaan. Tapi, ada beberapa pemain, yang boleh dikatakan ‘best transfer’ untuk korang masukkan dalam pasukan.

Antaranya;

GK : Neil Etheridge (Cardiff City ) – 4.6m

Walaupun sebelum ni Etheridge bolos 3 bijik, tak dapat dinafikan yang harga yang ada pada penjaga gol ni sangat berbaloi. Rekod menunjukkan, 3 sepakan penalti berjaya diselamatkan dan 13 mata dari save.

Lawan seterusnya : Huddersfield, Newcastle

 

DEF : Jonny (Wolves) – 4.3m

Tak sebahaya Matt Doherty, tapi masih berbisa dan menjadi ancaman. Berdepan Manchester City yang dalam keadaan terumbang-ambing sekarang ni, tak mustahil Wolves boleh bawakan kejutan.

Lawan seterusnya : Manchester City, Leicester

 

DEF : Jose Holebas (Watford) – 4.8m

Walaupun baru mencatat 2 clean sheet, Holebas ada buat 3 jaringan, dan 5 assist. Selain tu, Holebas selalu ditugaskan untuk mengambil set-piece. Kutipan mata pun agak konsisten setakat ini.

Lawan seterusnya : Crystal Palace, Burnley

DEF : Sead Kolasinac (Arsenal ) – 4.9m

Pemain Bosnia ni berada dalam starting eleven dalam 10 daripada 11 perlawanan terdahulu Arsenal. Dalam kesemua pelawanan tu, Kolasinac dah mengumpul 4 assist.

Tapi, kena hati-hati jugal sebab Monreal khabarnya dah kembali fit dan mungkin diturunkan oleh Emery.

Lawan seterusnya : West Ham, Chelsea

 

MID : Anthony Martial (Manchester United) – 7.3m

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solksjaer nampaknya bakal menghadapi ‘ujian’ sebenar apabila turun melawan Tottenham minggu ini. Walaupun terdapat saingan daripada Juan Mata, Lingard dan Sanchez, persembahan Martial agak memberangsangkan. Tak terkejut kalau dia diturunkan untuk kesebelasan utama nanti.

Lawan seterusnya : Tottenham, Brighton

 

MID : Sadio Mane (Liverpool) – 9.5m

Walaupun form Liverpool tengah cantik, harga Sadio Mane turun. Kalau korang sebelum ni ada kekangan bajet untuk dapatkan khidmat Mane, inilah masa yang paling sesuai.

Lawan seterusnya : Brighton, Crystal Palace

 

FWD : Marko Arnautovic (West Ham) – 6.9m

Arnautovic kembali dalam pasukan, walaupun tewas menentang Burnley minggu sebelumnya Arnautovic menjaringkan 2 gol untuk mengikat Brighton 2-2 minggu seterusnya.

Dalam saingan Piala FA, Arnautovic bejaya score sebelum terpaksa direhatkan sebab kecederaan. Tapi jangan risau, katanya dia akan fit menentang Arsenal minggu ini.

Lawan seterusnya : Arsenal, Bournemouth

 

FWD : Jamie Vardy (Leicester City)  - 8.9m

Tewas mengejut dalam saingan Piala FA kepada Newport, Leicester pastinya akan bangkit dan ini memungkinkan Vardy menambah koleksi jaringannya.

Lawan seterusnya : Southampton, Wolves


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Untuk tahun 2019 ni, kami masih ikut format yang sama iaitu hadiah diberikan secara bulanan. Jadi, semua berpeluang menang setiap bulan.

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657 ]

[ HADIAH PEMENANG BULAN JANUARI ]

Untuk Januari ni, korang semua berpeluang menangi hadiah tajaan Kaki Jersi.

Pemenang pertama akan menerima voucher bernilai RM150, pemenang kedua RM 100 dan ketiga RM80.


Eksklusif betul packaging dia ni...

Tak cukup dengan itu, ada diskaun tambahan lagi kalau korang nak buat jersi untuk team bola atau futsal korang sendiri. Yang penting, ianya bukan cap ayam. Kaki Jersi punya tau. Ni antara contoh team yang custom jersi diorang dekat KakiJersi...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KakiJersidotcom (@kakijersidotcom) on

Kalau korang yang tak tahu lagi, Kaki Jersi adalah destinasi premium untuk korang dapatkan jersi-jersi yang berkualiti dengan harga berpatutan. Selain material yang selesa, korang boleh jugak kalau nak custom untuk pasukan korang sendiri.

Untuk Maklumat Lanjut :

Website : KakiJersi

Facebook : KakiJersiDotCom

Instagram : KakiJersiDotCom