Akhirnya Kerana Gula Semut Bersatu, Perodua Setuju Beli Semula Kereta Bezza Dengan Harga Penuh

TERKINI
January 06, 2024 - 01:29 AM


Syarikat pengeluar kereta, Perodua, akhirnya bersetuju untuk membeli semula kereta Bezza yang tular baru-baru ini dengan harga penuh.

Perkara itu didedahkan oleh pemilik Bezza itu sendiri, Nagakanni Subramaniam menerusi laman Facebook miliknya pada Jumaat.

Menurut Nagakanni, dia juga tidak lagi perlu membayar secara bulanan serta mendapat semula wang yang sudah dibayar sebelum ini.

“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh.

“Dengan keputusan ini, saya tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama, dan semua bayaran sebelum ni pun saya akan dapat semula pemulangan wang,” tulis Nagakanni dalam hantaran tersebut. 

Selain itu, Perodua juga dikatakan telah memberi tawaran kepada Nagakanni untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau menolak tawaran itu dan membeli kereta lain.

“Perodua juga memberi tawaran untuk saya beli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau untuk saya menolak tawaran ni dan beli kereta lain. 

“Saya perlu buat keputusan ni dalam 7 hari. Terima kasih Perodua atas keputusan ini,” tulisnya lagi.