"Apa Benda Ini?"- Tunjuk Solidariti Dengan Senjata Mainan, Sekumpulan Guru Dikecam

TERKINI
October 27, 2023 - 04:58 PM


Penindasan yang berlaku di Palestin membuatkan ramai rakyat Malaysia berani bersuara mengenai konflik tersebut di media sosial. Bukan itu sahaja, perhimpunan serta demonstrasi juga diadakan bagi membantah tindakan rejim Israel serta menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video solidariti terhadap Palestin yang mendapat kecaman dari warga maya. Video yang viral di X itu memaparkan sekumpulan guru menunjukkan solidariti kepada pelajar di sekolah dengan memakai pakaian bertema Palestin sambil mengacukan senjata mainan.

Hal tersebut mendapat tentangan dari netizen kerana ramai yang merasakan terdapat banyak cara lain lagi yang boleh dilakukan oleh guru-guru berkenaan untuk menunjukkan solidariti terhadap negara Palestin.

Malahan, ramai yang berpendapat bahawa membawa senjata mainan seperti itu seolah-olah ingin menyampaikan mesej secara ekstrim dimana ia mampu memberi kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak.

 

Sumber: X

Destination: