Cantikkan Kelas Demi Keselesaan Murid, Seorang Guru Sanggup Habiskan Duit Bonus

TERKINI
March 05, 2024 - 03:35 PM


Menjadi seorang guru bukanlah tugas yang mudah. Ini kerana bagi memastikan murid-murid berjaya dalam pelajaran, seseorang guru itu juga perlu membuatkan anak-anak murid bersemangat ke sekolah dan memastikan mereka fokus ketika sesi pembelajaran. 

Baru-baru ini di platform X, seorang guru telah melakukan satu hantaran yang menarik perhatian orang ramai berkenaan dengan penggunaan duit bonusnya untuk mencantikkan lagi bilik darjah.

Baru bekerja selama tiga bulan, guru tersebut menjelaskan bahawa tindakan itu dilakukan demi memastikan keselesaan anak muridnya disamping untuk menambat hati mereka.

"Tugas saya sebagai guru bukan hanya datang sekolah dah mengajar tapi menyediakan tempat yang selesa serta environment yang ceria serta bersih kepada murid jugak satu tanggungjawab.

"Tema aku nak simple and selesa untuk aku dengan murid-murid. 

"Ambik masa seminggu untuk siapkan kelas ini. Ia bukan hasil kerja saya sorang tanpa bantuan ibu bapa, kakitangan pembersihan dan guru-guru senior yang turut sama menyumbangkan idea serta pentandbir dan tak lupa juga PIBG," jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, guru tersebut juga berjanji untuk laksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin pada masa yang akan datang.

 

Sumber: X

Destination: