Bakar Tandas Awam Sehingga Rakan Maut, 2 Remaja Didenda Cuci Tandas 100 Jam

TERKINI
October 26, 2023 - 10:56 AM


Sebelum ini dalam satu kejadian yang berlaku pada bulan Ogos tahun lalu, berlaku satu kematian yang berpunca daripada gurauan dua remaja yang bermain api di sebuah tandas awam terbiar sehingga menyebabkan tindakan itu meragut nyawa rakan mereka.

Perbuatan dua orang remaja lelaki yang berusia 16 tahun itu menyebabkan tandas awam tersebut terbakar ketika seorang lagi rakan mereka terperangkap di dalamnya dan kemudian maut. Mereka diperintahkan menjalani khidmat masyarakat mencuci tandas awam selama 100 jam.

Menurut sumber, pada prosiding di Mahkamah Majistret yang berlaku semalam, kedua-dua remaja lelaki itu juga diperintah berkelakuan baik dengan bon RM1,000 selama dua tahun, selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali bagi tempoh sama.

Majistret Siti Hajar Ali turut memerintahkan mereka tidak boleh keluar rumah bersendirian bermula jam 8 malam hingga 6 pagi, kecuali ditemani ibu bapa masing-masing serta perlu hadir bengkel yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tedahulu, kedua-dua remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Diharapkan kejadian ini akan menjadi satu pengajaran kepada anak-anak muda untuk tidak bermain dengan perkara-perkara yang boleh membahayakan nyawa.

Destination: