Panggilan PLKN 3.0 Hanya Untuk Remaja Yang Lahir 2007 Dan Seterusnya

TERKINI
November 03, 2023 - 12:26 PM


Kebelakangan ini, banyak isu muncul berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dikatakan mengambil pelatih bermula dari belia 16 tahun sehingga 35 tahun. Hal tersebut menjadi bualan ramai terutama netizen di media sosial. Pelbagai pendapat yang dilontarkan, ada yang melawak dan ada juga yang marah berkenaan dengan isu umur tersebut.

Terbaru, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dengan had umur pelatih yang akan menjalani PLKN 3.0. MINDEF dalam kenyataannya berkata kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baru selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

"Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0. Sebagai contoh, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut.

"Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun.

"MINDEF turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0," ujarnya.

 

Haaa, yang makcik pakcik dah boleh rilek. Yang remaja pula tak boleh lari lah, hahahahahaha....

Destination: