"Bila B40 Selera T20" - Rumah Flat Tiga Tingkat 'Convert' Jadi Semi D

TERKINI
March 01, 2024 - 12:57 AM


Satu perkongsian TikTok PPIM menjadi bualan netizen apabila ada beberapa keping gambar yang memaparkan tiga tingkat rumah pangsa yang berbeza disatukan menjadi satu unit 'semi d'. Jelas renovasi yang telah dibuat itu melanggar peraturan dan dilakukan secara haram.

Semi D alaf gaya terbaharu itu dipercyai terletak di Kelumpuk Kemunting, Keramat Wangsa. Jelas dari tingkat paling rendah sehingga tingkat ketiga, masing-masing menambah bahagian tepi rumah demi memiliki ruang yang lebih luas dan tidak memikirkan akan faktor kekuatan struktur rumah terbabit

Yang menjadi persoalan, di mana pihak berkuasa? Secara terang-terangan mereka melalukan pembinaan haram. Namun di ruangan komen ada yang menyatakan jika tiada sebarang laporan mahupun aduan pada pihak berkuasa

Ada sekelompok netizen mendakwa pihak berkuasa hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat laporan dibuat mengenai renovation haram tersebut.

Destination: