"Bulan Ramadan Yang Akan Datang Mesti Dihapuskan" - Menteri Israel

TERKINI
March 05, 2024 - 10:52 AM


Tidak lama lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan yang mulia iaitu Ramadan. Ketika umat Islam menunggu kedatangan bulan tersebut, muncul pula pihak yang mahu 'menghapuskannya'.

Berdasarkan sumber, seorang menteri Israel mendapat kecaman daripada masyarakat dunia Islam selepas mengatakan mahu menghapuskan bulan yang suci itu.

Menurut Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu, bulan suci yang disambut oleh umat Islam diseluruh dunia itu diramal akan meningkatkan ketegangan di Tebing Barat.

“Bulan Ramadan yang akan datang mesti dihapuskan, dan ketakutan kita terhadap bulan ini juga mesti dihapuskan,” kata Eliyahu.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika laporan keselamatan terbaru Israel menunjukkan kebimbangan Zionis terhadap akan meletusnya perang di Tebing Barat dan Timur al-Quds semasa bulan Ramadhan.

Menurut media Israel, situasi tegang biasanya meningkat pada bulan Ramadan akibat peperangan Israel di Gaza dan sekatan yang dikenakan oleh rejim Tel Aviv berhubung peraturan beribadat di Masjid al-Aqsa.

Bulan lalu, Saluran 13 Israel melaporkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah mengarahkan sekatan ke atas akses Palestin ke Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan.

Tindakan Israel melaksanakan sekatan lebih ketat pada bulan Ramadan dianggap sangat provokatif dan berbahaya oleh ramai pemerhati dan kumpulan hak asasi manusia.

Sebagai info, masjid Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam dan kebiasaannya menarik ratusan ribu jemaah terutamanya pada bulan Ramadan.

 

Sumber: X & The Vocket

Destination: