Kes Katerer "Songlap" RM13K, Polis Jalankan Siasatan

TERKINI
December 26, 2023 - 10:35 AM


Polis kini dalam proses mendapatkan maklumat lengkap pemilik katering yang didakwa menipu sebuah keluarga pengantin di sini hingga kerugian RM13,000 daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

@najmudin.shukor Sebak. Sebab semua tak jangka kita bole handle. #abangsoya ♬ original sound - ABANG SOYAAA

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa (pengadu) iaitu wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadbir kira-kira pukul 12.03 tengah malam iaitu sebelum majlis perkahwinan berlangsung hari yang sama.

@najmudin.shukor Replying to @Dapur Molek Homemade apape pun dugaan, majlis tetap kita teruskan, barai no dua janji kita happy. Bab katering menipu kita selesaikan lepas majlis #abangsoya ♬ original sound - ABANG SOYAAA

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, pengadu telah terpedaya dalam urusan pakej perkahwinan di laman media sosial Facebook pada 3 April lalu dan mengalami kerugian RM 13,200.

@najmudin.shukor Replying to @Ainun wahidah kita masak sendiri! #abangsoya ♬ original sound - ABANG SOYAAA

“Mangsa yang telah berurusan dengan seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam, Selangor kemudiannya membuat pembayaran pertama sebagai deposit secara dalam talian berjumlah RM2,780 sebelum membuat bayaran kedua pada 17 Jun lalu sebanyak RM5,554.

“Seterusnya bayaran kali kali ketiga berjumlah RM4,954 pada 30 Ogos lalu dan secara keseluruhan mangsa membuat pembayaran berjumlah RM13,200, kesemuanya secara dalam talian atas nama sebuah syarikat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Chang Hook berkata, pengadu bagaimanapun tidak menerima keseluruhan pakej yang dijanjikan tersebut dan membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

Menurutnya, polis sedang mengesan nombor akaun bank yang digunakan, selain mendapatkan maklumat pemilik akaun melalui Commercial Crime Intelligence System (CCIS).

Destination: