Nak Lawan Starbucks, McDonald's Bakal Lancarkan Rangkaian Baharu Dipanggil CosMc's

TERKINI
December 08, 2023 - 03:26 PM


Rantaian makanan snek terkemuka dunia, McDonald's akan melancarkan restoran jenis baharu, CosMc's, kedai gaya retro dengan yang memfokuskan hidangan dan minuman yang boleh disesuaikan untuk menandingi rangkaian seperti Starbucks.

Syarikat makanan segera itu berkata ia akan membuka tapak perintis pertamanya di pinggir bandar Chicago berhampiran ibu pejabatnya bulan ini, sebagai sebahagian daripada usaha untuk "menyelesaikan kemerosotan pukul 3 petang", keadaan dimana hanya sedikit pelanggan sahaja yang hadir antara waktu makan tengah hari dan makan malam.

Menu yang dicadangkan adalah minuman 'lemonades' yang pelbagai, teh, kopi sejuk, minuman campuran  dengan perisa seperti "popping pear slush" dan "spiceade tropika" yang boleh disesuaikan dengan mutiara ubi kayu, sirap berperisa dan suntikan tenaga atau vitamin C.

Khabarnya, minuman itu akan dijual bersama-sama dengan sandwic McMuffin, coklat hash dan pretzel, donat, biskut, ais krim dan sandwic queso pedas dan avocado tomatillo yang baharu.

McDonald's juga merancang untuk melancarkan kira-kira 10 lokasi CosMc menjelang akhir tahun depan di lokasi yang tidak dinamakan di Texas. Ia akan mengkaji keputusan percubaan sekurang-kurangnya setahun sebelum menentukan sama ada rangkaian baharu itu akan dikembangkan atau tidak. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Chris Kempczinski, berkata CosMc menyasarkan untuk mengisi kemerosotan dalam jualan yang direkodkan syarikat pada tengah hari, menawarkan minuman kompleks seperti boba dan perisa campuran untuk restoran sedia ada.

“Ini adalah makanan yang membawa keuntungan sebanyak $100bn yang berkembang lebih cepat daripada [makanan kasual] yang lain dan dengan margin yang lebih tinggi. Dan ia adalah ruang yang kami percaya kami perlu dapatkan,” katanya.

Nama CosMc pula dinamakan sempena dengan watak robot asing yang dilancarkan oleh McDonald's dalam satu siri iklan pada akhir 1980-an. CosMc - robot yang mempunyai antena, lebih daripada enam lengan, dan memakai sut angkasa bulat perak - telah dipaparkan dalam satu siri iklan sehingga awal 1990-an.

Idea tentang CosMc telah didedahkan pada hari Rabu ketika McDonald's memberitahu pelabur dalam satu persidangan bahawa ia merancang untuk membuka hampir 10,000 restoran baharu di seluruh dunia dalam tempoh empat tahun akan datang. Pengembangan yang belum pernah berlaku sebelum ini akan menjadikan jumlah kiraan kedai rangkaian itu kepada 50,000.

Amboi, tinggi betul cita-cita Mekdi eh?

 

Sumber: The Guardian

Destination: