"Rakyat Yang Rugi" - Tan Sri Vincent Tan Rayu Hentikan Boikot Terhadap Starbucks Malaysia

TERKINI
March 04, 2024 - 03:53 PM


Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang merupakan pengasas dan penasihat kepada Berjaya Corporation Bhd telah mengeluarkan satu kenyataan dimana dia merayu kepada rakyat Malaysia untuk tidak terus memboikot Starbucks Malaysia.

Menurutnya, pemboikotan yang berterusan itu hanya akan merugikan rakyat tempatan.

“Saya rasa semua mereka yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia.

“Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80-85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot ini tidak menguntungkan sesiapa,” katanya pada sidang media

Dalam masa yang sama, Vincent Tan juga mendedahkan bahawa keadaan telah berubah kerana terdapat sedikit peningkatan dalam jualan.

Beliau menjangkakan kewangan pada suku ketiga tahun 2024 akan menunjukkan peningkatan dalam jualan.

Sebelum ini, Berjaya Food Bhd melaporkan penurunan pendapatan suku-ke-suku tahun sebanyak 35 peratus kepada RM183 dan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti kira-kira RM42 juta.

“Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan ia semua milik rakyat Malaysia, ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika,” tambahnya.

 

Sumber: The Vocket

Destination: