Remaja 13 Tahun Tikam Pemandu E-Hailing Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

TERKINI
November 29, 2023 - 12:57 PM


Negara dikejutkan dengan kejadian seorang remaja berumur 13 tahun bertindak menikam seorang pemandu e-hailing di dalam satu kejadian di Taman Keladi di sini semalam. Kejadian tersebut berpunca dari rasa marah apabila dimaki.

Namun, pemandu lelaki berusia 65 tahun bernasib baik apabila tikaman itu dikatakan terkena pada tali pinggang keledar dipakainya.

Kini, remaja lelaki 13 tahun yang cuba tikam pemandu e-hailing di Sungai Petang petang kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum tindakan lanjut diambil.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memberitahu, mangsa menerima pesanan penumpang kira-kira pukul 5.43 petang semalam untuk dihantar dari Taman Keladi ke Bandar Seri Astana, di sini.

“Semasa dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, penumpang meminta untuk meminjam wang sebanyak RM50 dengan mendakwa mahu membayar sewa rumah.

“Pemandu kemudian beritahu sekiranya remaja terbabit tidak mempunyai wang, dia terpaksa menurunkannya di lokasi tersebut, namun penumpang enggan dan meminta dihantar ke rumahnya di lokasi berkenaan untuk ambil wang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, sebaik tiba di Bandar Sri Astana, suspek meminta dibawa semula ke Taman Keladi dan pemandu menerima bayaran sebanyak RM18 sebelum remaja terbabit melengah-lengahkannya untuk terus memandu ke beberapa lorong kecil.

“Pemandu menurunkannya di satu lokasi dan meminta bayaran tambahan sebanyak RM9 dan remaja itu memberi wang sebanyak RM20 dan semasa hendak memulangkan baki wang, remaja terbabit mengacukan pisau ke dada kiri mangsa dan mahu merampas wang dari poket mangsa.

“Mangsa sempat merampas pisau serta menggigit tangan suspek untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri,” ujarnya.

 

 

Destination: