Salah Papar Nilai Tukaran USD-MYR Yang Sebenar, Google Mohon Maaf

TERKINI
March 18, 2024 - 04:50 PM


Google Malaysia hari ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi ciapan di laman X rasminya atas kesilapan memaparkan kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit (USD-MYR) yang diterbitkan di halaman kewangannya.

Dalam ciapan tersebut, Google Malaysia memaklumkan pihaknya telah pun menyelesaikan isu tersebut bersama pihak ketiga.

“Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat kadar pertukaran USD-MYR untuk membetulkan kesilapan.

“Isu itu kini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang berlaku.

“Sila rujuk sumber rasmi seperti laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat sebarang keputusan berkait hal kewangan,” ciapnya.

 

Destination: